Kehidupan

Jimat RM30 Bil Astro Dengan Rebat Di Astro Circle

Tahukah kita setiap kali bil astro sampai melalui surat atau emel kita akan dibagikan dengan point di astro circle. Dengan point ini, kita boleh redeem untuk tukar dengan benda lain seperti cenderahati astro, tiket dan tukarkan dia jadi duit melalui bayar bil astro kita. So bagi yang belum terminate astro activekan akaun anda di web astro dan gunakan sebaik mungkin. Selama saya pakai baru redeem beg dan RM30 untuk bil.

P/s motif hari ni hanya untuk test plugins ja.

Kehidupan

Periksa Bil Bulanan

Mungkin mula rasa kedekut atau berkira sekarang ini, aku dah mula menyemak setiap transasi pergerakan pembayaran. Dari semakan Julai ini merekodkan jumlah bil paling mengejutkan selain dari bil elektrik dan telefon.Bil tv berbayar astro. Buat kali pertama bil tanpa tunggakkan melepasi RM300. Satu jumlah yang begitu tinggi.

Screen Shot 2016-07-25 at 11.24.12 PM

Namun selepas diteliti bil yang didownlodkan mendapati terdapat pelarasan yang tidak jelas yang menyumbangkan kepada peningkatan jumlah bil dari biasa. Selepas melalui layanan iklan yang hampir 9 minit sebelum dapat bercakap dengan operator khidmat pelanggan, akhirnya ia dapat disettlekan dan lebihan tuntutan dikeluarkan dari bil.

So selalu selalukan memeriksa bil anda dan resit parking anda sebab takut takut kita terkena…

Pandangan

Sajian Astro Makin Memualkan

Sajian astro makin memualkan, yang itu aku dapat katakan pada masa sekarang. Kalau dapat anda semua perasaan pada aidilfitri kali ini tiada apa yang baru ditonjolkan, kebanyakan filem yang ditayangkan kualitinya sangatla rendah. Begitu juga dengan kualiti drama yang disajikan begitu rendah dan memalukan. Dengan jalan cerita yang kurang menarik, garapan dan suntingan yang kurang kemas langsung tidak mencapai standard langsung dengan apa yang kita bayar.

Mungkin kerana monopoli yang mereka ada serta tiada persaingan, pengguna hanya mampu melihat sahaja dan membayar dengan satu harga yang tinggi bagi kualiti penyiaran yang lemah. Contoh sebuah drama semalam , www.cikgushida.com, rasanya drama Opah atau santan berlada dulu-dulu seratus kali ganda lagi bagus dari cerita tersebut dari segala sudut. Pulak ianya disiarkan dalam Astro Citra. Nak tengok kena tambah duit. Tapi bila subscribe kandungan penyiarannya langsung macam tv free ja. Dekat Atro Citra tuh masih disajikan dengan cerita Da Di Du, setinggan huh, lebih baik diaorang sediakan Astro Classics. Read more

Pelarasan Harga Lagi

Makin lama makin ditekan la oleh kapitalis negara kita, mana taknya, semua nak naik tapi guna bahasa yang paling indah penyelarasan atau rasionalisasi. Awal bulan naik tarif elektrik , belum pon bil elektrik sampai bil astro plak naik. Huh, apala nak jadi.

Kenaikan dari rm 4 hingga rm 15 ringgit. Macammana tuh iklan makin banyak, ujan signal dah takda. Nampaknya kena bersederhana la