Kehidupan

Alhamdulillah Aku Naik Pangkat

Alhamdulillah tepat jam 11 malam jumaat pada 11 November yang lalu aku dengan rasminya dah naik pangkat bergelar daddy. haha, seorang puteri yang comel seberat 2.9kg telah dilahirkan oleh isteri tercintaku. Syukur kehadrat ilahi dan terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang mendoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut.

Nur Aqilah Izzah Norazam nama diberikan kepada puteri sulungku. kalau ikut kalender hijrah anak aku lahir sehari selepas hari lahirku. Dulu aku dilahirkan pada 14 zulhijjah 1400 hari khamis, kini anak pertamaku lahir pada 15 Zulhijjah 1432 hari jumaat. Cucu ke sembilan kepada keluarga Abdul Rashid dan Fatimah dan cucu ketiga kepada keluarga Shariffuddin dan Jamaliah. Read more