Kehidupan

14 November 2014

Membesar bersama, dia yang unik dalam keluarga kami kerana dalam 6 beradik kami, hanya dia ada ibu susuan. Lahir pada tahun 84 di kediaman kami di Taman Gasing. Ketika itu hanya ada dua bilik sahaja dirumah kami. Masa dia lahir dibilik belakang dan bidan yang sambut dia adalah Misi Chan dan 3 tahun kemudian seorang lagi putera lahir di bilik hadapan. Lengkap keluarga abdul rashid dan fatimah dengan 3 cahaya mata perempuan dan 3 cahaya mata lelaki.

Meriah ketika kami membesar dengan keluarga besar ini. Pak bila ada kesempatan akan bawa semua anak-anak dia pergi jalan-jalan. Pulau Pinang, batu feringgi, opening jambatan pulau pinang, naik keretapi semua merasa. Pernah sekali dalam satu roadblock dekat kodiang, pak ditegur oleh seorang polis dengan kata “kereta penuh macam tin sardin” pak senyum ja dan cerita nak bawa anak-anak pi jalan-jalan tengok fun fair kat alor setar. Biasalah masa tuh semua kecik kecik so sumbat semua kereta pon Toyota Corolla ja.

Dalam keluarga kami dia paling putih sekali masa kecik, muka macam anak cina. Semua orang suka budak putih comey, tapi nakal. Pernah sekali tuh masa dia umur 2-3 tahun, masa tuh kami 2 beradik duduk kat sungai petani. pak bawa pi emporium nama emporium tuh mahkota kot, adik aku ni pi selak skirt promoter awat tak menjerit kak cik promoter tuh. Budak kecik masa tu mana tau apa pun. Kalau dulu berkelai dengan dia mesti dok bagi dia sakit hati dengan kata dia anak jepun kutip kat jambatan pulau pinang. Read more