Apabila Tak Pandai Bahasa Melayu

Aku dok ikut satu rancangan hiburan ni, malam ni aku terasa pelik sikit dimana juri-jurinya seperti orang asing. Orang asing yang tak pandai berbahasa melayu.

Huh, peserta komfom melayu, penonton hampir 90% rakyat malaysia yang boleh berbahasa melayu. Jurinya tak pandai berbahasa melayu. Awat dalam bahasa melayu dah habis perkataan atau dia rasa malu bila berbahasa melayu.

Nak kata dia artis yang bertaraf internasional macam anggun ke sudirman takda la, bina kerjaya dan cari makan dalam dunia melayu ja. Tapi bila diangkat jadi “hebat” langsung bahasa melayu terus tak pandai. Ingatla kalau kita tak mertabatkan bahasa kita sapa lagi nak mertabatkannya, usah malu berbahasa kerana itu bahasa kita…