AES Pun Jadi Modal Politik

Sejak tahun lepas lagi berbagai cerita yang kita dengar sempena nak mengundi, tak kira la isu maha besaq sampai ke maha kecik di politikkan. Cerita air dah mula basi, masuk cerita empangan kering. Terbaru cerita Automated Enforcement System (AES), sistem yang diperkenalkan untuk “mendidik” pemandu malaysia. Tak dinafikan kewujudan AES ni boleh memberi impak yang baik mahupun yang tak baik. Ahli politik mula amik kesempatan untuk menunjukkan kebolehan mereka untuk meraih populariti ketika ini dalam isu ini.

Bagi aku kehadiran AES mungkin akan mengurangkan kadar kemalangan, harapnya macam di UK kadar kematian akibat kemalangan jalanraya berkurang sebanyak 100 nyawa setiap tahun selepas diperkenalkan sistem seumpama AES. Dengan AES ini diharapkan ianya dapat mengubah gaya pemanduan rakyat malaysia ke satu tahap yang setaraf dengan pemikiran kelas pertama.

Tapi kadang kala tertanya juga selepas berbual dengan seorang penguatkuasa yang memaklumkan bahawa AES beroperasi dibawah had laju. Sebagai contoh jalan tersebut mempunyai had laju 90 km/j tetapi AES akan snap pada kelajuan 80 km/j. Apa agendanya, namun kenyataan ini tidak dipercayai seratus peratus. Apakah ianya akan mengkayakan kerajaan sepertimana yang dibualkan diwarung kopi.

Apa pun kita tunggu dan lihat apa akan terjadi dengan AES, 6 bulan akan datang adakah isu ini semacam isu pemakaian tali pinggang keledar ditempat duduk belakang. Susah jugak nak upgrade pengetahuan orang tentang keselamatan ya