
Ada orang berkongsi statistik kes, so kita pun check semula bagi pastikan maklumat yang depa bagi bukan boleh telan tanpa tau asal usulnya. Secara peribadinya kalau tengok trend yang berlaku sekarang, rasanya diperingkat pembuat dasar perlu meneliti semula kaedah pengawalan yang dibuat.
Bukan apa, bila kita tengok trend yang berlaku sekarang tuh..kita masih tidak mampu kita landaikan lagi dengan menggunakan kaedah sekarang. Ini bukan bererti kaedah yang dilakukan sekarang tidak praktikal atau tak relevan, tapi perlu ada penilaian semula bagi melihat dimana kelemahan kaedah kawalan yang dilaksanakan sekarang.
Memang setiap hari kita dapat tengok kerajaan mengumumkan secara berperingkat tindakan kawalan, namun hasilnya masih belum mampu menunjukan hasil yang positif.
Dimana kelemahannya?
Adakah penilaian pembuat dasar tidak tepat atau sebenarnya kelemahan dan kegagalan itu datangnya dari kesedaran diri kita sendiri. Banyak faktor yang dipertimbangkan dari semua pihak samada diperingkat pembuat dasar atau diperingkat rakyat sendiri.
Kita mungkin tidak bersatu hati dalam usaha memastikan rantaian jangkitan dapat diputuskan dan masing-masing mula menggunakan pemahaman sendiri bagi menguruskan risiko ini, malah mungkin ada yang terlupa terma #kitajagakita, atau terma normal baharu. Sebab tuh apa yang dirancang masih lagi tidak berkesan.
Namun semua pihak perlu positif dan kena mula bekerjasama antara satu dengan lain. Kadang kala bila melihat statistik yang agak menggerunkan kita menjadi takut dan mula menyalahkan antara satu dengan lain. Cuba lihat statistik ini sebagai peluang untuk penambahbaikan semula. Tiada yang sempurna namun kita berusaha untuk menjadikan ianya sempurna