Pagi tadi agak tersentuh disudut kecil sebelah kanan hati aku, bila mana dapat teguran dari sahabat juga bos. Dia tegur minta team dari skim pentadbiran agar ubah sikit cara berfikir dan cara menguruskan perjalanan pentadbiran kita. Dia minta agar kita semua keluar dari pemikiran yang sempit, kasta dan konvensional.
Bila dia tegur gitu, kepala mula melayang teringat kisah zaman remaja mak bapa kita dulu dulu. Kisah orang dulu dulu beli barang mahal mahal, nak guna kena tunggu kenduri kenduri besaq atau tetamu tetamu yang hebat saja baru kita boleh guna.
Selalunya macam pinggan mangkuk jenis arcopal la. Premium kot dulu dulu, kalau jenis ni tak banyak kali guna, banyak dok dalam almari berkaca. Setahun 2 atau 3 kali ja guna. Masa tuh mungkin depa simpan sebab susah dapat kot dan nak bagi nampak hebat ketika ada majlis apa.
Tapi sebenarnya kalau ikutkan orang dulu dulu rugi buat gitu sebab, sepremium mana barangan tersebut, ia ada limit. Ketahanan dan trend sebenarnya akan berubah mengikut masa. Tuh kita tengok kadang kala brand arcopal tapi basuh pinggan sekali then jatuh, pecah. Tapi pakai baru sekali, walaupun beli dah lama.
Begitu juga trend setiap tahun akan berubah, syarikat pengeluar akan sentiasa keluarkan produk baru. Kalau kita simpan dan tak pakai, benda ini akan obselete kot. Mungkin ada tetamu mulut jahat akan berkata, “eh design pinggan ni macam kat rumah i 10 tahun dulu, u masih pakai ek’
Zaman dah berubah, kalau kita fikir balik secara zaman sekarang, sebelum kita beli atau invest selalunya kita disuruh untuk buat Creative Index (CI) terlebih dahulu. Ini bagi setiap sen yang kita keluarkan tuh mempunyai value for money.
Tq bos kerana peringatkan kami…