Just baru terjumpa balik satu broshur mengenai seatbelts untuk pregnant woman. Ini adalah terbitan dari MIROS
Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar berpolitik bertujuan memastikan matlamat utama pendidikan untuk membina minda dan keupayaan intelektual pelajar dipenuhi.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam penjelasannya semalam, berkata ia juga bagi mengelakkan mereka terikat secara langsung dengan parti politik, manakala Perlembagaan memang membenarkan sekatan tertentu untuk kepentingan pendidikan.Beliau berkata, jika dibenarkan menjadi ahli atau memegang jawatan politik, pelajar akan terikat dengan ideologi dan peraturan parti yang perlu dipatuhi, sekali gus menjejaskan matlamat pendidikan untuk membina minda dan keupayaan berfikir pelajar.“Dari sudut pendidikan, Perlembagaan membenarkan supaya ada sekatan dan perkara ini perlu diberi penekanan kerana memang menjadi matlamat institusi pengajian tinggi dan matlamat utama pendidikan untuk membina pemikiran pelajar.
“Ada orang kata jika menyertai parti politik akan menerbitkan keintelektualan di kalangan pelajar, tetapi kita lihat ramai pelajar tidak menyertai parti politik pun untuk mencapai tahap itu (intelek),” katanya selepas merasmikan Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, bercanggah dengan Perlembagaan.
Pada 28 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Hilman Idham, Wong King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu sebelum membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.Mengulas lanjut, Mohamed Khaled bagaimanapun berkata, seksyen itu membenarkan pelajar menjemput wakil parti politik menyertai program di kampus bagi membolehkan mereka mendengar pandangan parti politik berhubung sesuatu perkara.
Beliau juga berkata, orang ramai perlu memahami mengapa AUKU tidak membenarkan pelajar menjadi ahli kepada parti politik.
Teringat masa dulu macam-macam benda terjadi kat kampus dulu, cerita kalah 0. Cerita buang banner masa TG2KM, kisah tangan hantu tulis keburukan orang. Jumpa bakal VC. Hrmmm sebenarnya kat kampus kita membesar dan merasai sekelumit pengalaman. Tapi jangan keterlaluan sampai jadi kambing orang politik. Ada jugak rakan-rakan dulu masa belajar sokong hijau tapi bila diluar kampus sokong merah. Begitu jugak sebaliknya.
Tak dinafikan ada yang terlalu taksub, sehinggakan nampak satu arah. Pelajar perlu tahu had dan hak sebagai seorang mahsiswa. Pertama kena ingat amanah kita kepada keluarga kita pi nak berjihad belajar, politik main seronok-seronok amik pengalaman cukup.Takat politik kampus cukup la, takyah merapu sampai nak pi menyelamat bumi ni, mengaji pandai-pandai bagi habis, and pi selamatkan alam semesta.
Selepas bekhidmat 5 tahun dalam safety, barulah kompeten hahaha tahniah diriku haha.
Posted with WordPress for BlackBerry.
Kalut aih bila dok tengok dalam tv cerita harga tiket bola naik, kalut sangat tengok. semua tempat dok jaja cerita tuh ja….Kalau nak pi beli ja la… tapi kalau nak ajaq boikot ja la Semua ditangan kita. Tiket bola pon buka harga kawalan pon.
Ayam kat market pon harga bleh naik, walau gaji pon belum keluar dia punya pekeliling.





