Wah, rasanya dah meningkat jumlah ahli politik seluruh malaysia ni. Semua pakat berkempen parti masing masing. Venuenya dimana sahaja asalkan disitu ada secawan kopi pastinya lebih sejam kempennya disitu. Sekarang (masa aku menaip ni) meja sebelah aku kuat benor dok kempen parti pilihannya.
Mungkin dia salah seorang winable candidate dari parti kesayangannya. Penuh perasaan menceritakan kebaikan yang dibuat dan boleh dilaksanakan. Dan dengan penuh perasaannya dia menceritakan kegagalan parti yang bukan pilihannya. Sakan benor, rasanya patent sembang politik mula kuat diawal tahun ni, dan makin ke penghujung tahun makin kuat orang sembang politik.
Mungkin sekarang ni geng tailor tengah cuba siapkan baju tempahan khas untuk bakal calon pilihanraya. Hrmm dibelakang aku nih rasanya orang kerja kerajaan kot, sembang cerita kenaikan pangkat dan gaji tahun depan. Banyak angan-angan diaorang haha.
Apapun nasi putih dan telur bungkus dah sampai so, lantak la korang nak sembang apapun janji perut aku kenyang. Chalo betteiii..
Posted with WordPress for BlackBerry.
Tepat jam 11 malam semalam cukup umur anakku aqilah izzah 3 minggu, rupanya seronok tengok dia membesar. Alhamdulillah sihat anak abah ni. Betui kata orang waktu paling best adalah waktu tengok dia membesar dari mula dia lahir kita lihat perkembangan dia.
Rasa macam sekejap, tapi dah 6 tahun berkhidmat dan kerja makan gaji. Bila tengok balik dimana kedudukan la ni, alhamdulillah sedikit meningkat. Tapi sayangnya takda apa yang dapat dibanggakan.
Posted with WordPress for BlackBerry.
Hrmmmm makin lama makin pelik, lepas ni mula bulan depan kita kena bayar levi 1% total semua 7% dari harga bil kita. Mengapa perlu ada perkongsian kos antara pelanggan dengan pembekal? Sedangkan kita sebagai pengguna tiada pilihan lain mahu atau tidak pasrah sahaja. Itu nasib timun.
Insyaallah laporan suku tahun pertama tahun 2012 kita akan membaca paper TNB akan mencatat keutungan berbanding suku tahun tahun 2011. Sedangkan ada dikalangan masyarakat suku mampus bekerja membiayai “perkongsian” kos.
Mungkin bagi catatan keuntungan separuh tahun 2012 akan mencatatkan kerugian dan tarif akan dikaji semula. Itu yang selalu dihidangkan dan disajikan kepada kita. Oh ya, namun begitu kadar tarif negara malaysia masih lagi terendah berbanding negara asean yang lain.
Dok teringat bil rumah mak aku, duduk 2 orang tapi bil RM200 lebih dan 2 kali bil sebulan. Satu anggaran dan satu semasa. Lepas ni bayar levi insyaallah akan berlaku kenaikan.
Sekejap sahaja domain aku ni dah berusia 5 tahun. Pejam celik pejam celik dah 5 kali aku renewnya. Cuma tahun ni berbeza sikit sebab aku lupa bayar, maybe sebab dok kalut dengan aqilah kot haha eleh aqilah nangis tengah malam pon tak sedar. 21 November 2006 aku try daftar domain sendiri, masa tuh duit tengah banyak bujang dan ada elaun lebih. Sebelum aku berpindah guna domain ni aku just buat subdomain je kat singautara.net. Pastuh nak poyo punya pasal daftar la domain nama aku ni.
Setelah 5 tahun domain ni wujud, baru aku tau keseronokan menulis, walaupun hakikatnya aku bukan seorang pencerita yang baik. Mana taknya bila kita baca balik apa yang pernah kita tulis, tentang pandangan semasa kita, tentang kehidupan seharian, beli kereta baru, rim baru, kawan nak mintak pink panter, kawan kawen. Semua tuh akan membawak kita ke dunia lampau yang kadang-kala kita dah lupa. Namun ralat sikit tahun nih apabila hosting provider yang aku sewa ni telah merosakkan database sebanyak 2 kali. Tiada backup, akibatnya aku kehilangan semua cerita dulu kala. Tindakan drastik tinggalkan sahaja hosting tersebut. Tapi tanpa kenangan blog aku terus usang.
