Makin lama makin ditekan la oleh kapitalis negara kita, mana taknya, semua nak naik tapi guna bahasa yang paling indah penyelarasan atau rasionalisasi. Awal bulan naik tarif elektrik , belum pon bil elektrik sampai bil astro plak naik. Huh, apala nak jadi.
Kenaikan dari rm 4 hingga rm 15 ringgit. Macammana tuh iklan makin banyak, ujan signal dah takda. Nampaknya kena bersederhana la
Akhirnya tercapai juga cita-cita aku nak belajar penggunaan Kamera DSLR dan teknik yang betul bagi fotografi. Terima kasih rakanku yang menawarkan secara percuma dan semua makan ditanggung oleh diaorang. Aku rasa ini merupakan kursus yang aku paling setia duduk dan belajar. Mungkin sebab diluar bidang aku, maka aku beri perhatian yang lebih.
Kiranya sudah hampir setahun aku memiliki Canon DSLR 500D. Baru kini aku dapat menggunakan dengan betul. Baca melalui buku manual bukan aku tak buat, tapi tak paham. Sebab utamanya malasnya aku nak menterjemah perkataan yang berbelit. Maka agak sedikit kerugian pada aku diatas kelemahan aku tuh.
Fotografi ni aku rasa bidang yang menarik namun dia sepertimana kita nak jadi pelukis atau artis. Kena ada bakat, baru boleh menghasilkan karya yang terbaik. Namun bukan halangan untuk kita mencuba sesuatu sebagai hobi. Maka aku berkongsi 2 karya tak seberapa aku dimana kedua gambar langsung tidak diedit. Baca Lagi
Kepada rakan-rakanku yang bermaustatin di negeri perlis. Just nak maklumkan kini Ulu Pauh dah dikenali sebagai Pauh Putra. Nama ni lebih kormesil berbandingkan ulu. So student yang nak mai ke universiti ni pon takla mempunyai persepsi yang buruk mengenai nama ulu nih. Kawasan ni pon boleh dijadikan kawasan untuk edutourism kalau kena strateginya.
Diharapkan dengan penamaan semula ni dapat mengubah wajah ulu pauh ni ke wajah yang lebih modern dan lestari, bukan setakat nama sahaja. Sebagai mana Perang Besar yang kini dikenali putrajaya, bukan setakat nama tapi fungsinya lebih diutamakan. Bertambah indah lagi kalau golongan bumiputra kita yang menjadi backbone kepada kemajuan kawasan ni,
Sedikit terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan. Tapi mereka ada hujah yang tersendiri, sebagaimana fatwa perak yang mengatakan poco-poco yang ditegah. Namun hujah mereka mengenai pembaziran itu ada benarnya,
KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan pembinaan replika tugu 1Malaysia sebagai suatu yang ditegah kerana amalan itu dikesan mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri menjurus kepada pemujaan ‘al-Ansab’ atau berhala.
Keputusan tegahan itu yang dibuat berdasarkan kepada petikan ayat 90 surah al-Maidah, dibangkitkan jawatankuasa berkenaan kepada Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) sebelum ia diperakukan dalam satu mesyuarat yang bersidang pada 19 April lalu.
Ayat 90 surah al-Maidah bermaksud “wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan al-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya ketika diminta mengulas berkata, Jawatankuasa Fatwa Perlis turut mengambil kira kaedah Sadd al-Zara’i dalam menentukan tegahan terhadap pembinaan tugu 1Malaysia itu.“Kaedah itu bermaksud menutup pintu kemudaratan dengan tujuan untuk memelihara kemurniaan akidah. Dalam kes ini, ia diaplikasi sebagaimana larangan dibuat Nabi Muhammad terhadap para sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.
“Selain itu, kewajaran tegahan pembinaan tugu berkenaan juga turut dilihat Jawatankuasa Fatwa Perlis dari sudut pembaziran yang sama sekali diharamkan oleh Islam,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Ditanya sama ada larangan berkenaan dibuat berikutan cadangan pembinaan tugu 1Malaysia di negara ini termasuk di Perlis Juanda berkata, itu bukan motif utama keputusan terbabit dibuat.
“Tegahan dibuat Jawatankuasa Fatwa Perlis adalah berunsur nasihat dan bukannya satu fatwa, dengan motif untuk mengelak daripada kesucian dan keharmonian agama tercemar. Justeru, terpulang kepada pihak terbabit untuk menilainya.“Apa yang diputuskan sehingga kini hanya berkisar kepada pelaksanaan di Perlis. Namun, terpulang jika ada mana-mana pihak termasuk jawatankuasa fatwa di negeri lain yang melihat kewajaran dalam tegahan itu untuk dilaksanakan di tempat lain,” katanya.
Sumber Berita Harian Online
Dalam dunia sekarang semuanya amat prihatin. Termasuk telur omega ni.
Posted By Ajamz with WordPress for BlackBerry.


