Yang Mana Perlu Buat Dulu

December 27, 2011  |  Kehidupan  |  8 Comments  |  Share

Akhirnya setelah hampir setahun setengah menunggu untuk mendapatkan kunci rumah baru akhirnya dapat juga. So the next step is?

  • Buat wiring dulu dan pasang lampu? Beli lampu kipas dan Aircond
  • Buat grill dulu? besi atau aluminium?
  • Buat skriting siling?
  • Beli Iphone 4s? nak mampus hahah
  • Buat kabinet dapur dan built in almari?

Atau overlaps dulu pinjaman wakakakakakkaakakaka…

Apakah ini benar

December 18, 2011  |  Kerja  |  3 Comments  |  Share

Apakah ini benar atau hanya gurauan semata-mata. Selepas ni, jawatanku terbuka dan bukan lagi hanya menunggu kekosongan yang belum pernah kosong atau ada. Kalau ia benar akan aku usahakan belipat lepat kali ganda, kerja bagi menunjukkan keterlihatan hahaha. JPA seolah-olah memahami apa yang berlaku kepada pegawai sains selama ini terima kasih i love u hahaha.

Opps kena hentikan angan-angan, tunggu dulu universiti perlu kelulusan dari LPU sebelum SBPA diterima pakai.

Location:Jalan Sri Mentalon,Alor Setar,Malaysia

Internet Prepaid

December 14, 2011  |  iPad 2  |  2 Comments  |  Share

Tercari cari jugak pilihan internet yang terbaik untuk digunakan bagi ipad2 aku. Pilihan pertama yes 4G yang aku tengok pakej dia dan performance dia yang dikatakan terbaik berbanding P1. Pilihan ke 2 maxis laju tapi mahal, dan pilihan ketiga Instant dari celcom.

At last aku pilih maxis, sebab mudah cepat dan tiada masalah dengan coverage dia.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Selamat Pengantin Baru Amir & Shira

Selamat Pengantin Baru Amir & Shira

December 14, 2011  |  Kehidupan  |  No Comments  |  Share

Alhamdulillah selesai sudah upacara perkahwinan adik aku bersama pasangan pilihannya. 3 hari yang memenatkan semua hahaha, nasib baikĀ  la dekat kalau tidak jenuh berulang-alik la. So aku nak berkongsi suasana sepanjang majlis berlangsung.

Sesi 1 : Akad Nikah

Seorang bapa melepaskan tanggungjawabnya kepada si suami,

Kedua mempelai berdoa memohon keberkatan dari yang Maha Kuasa.

Sesi 2 : Kenduri Rumah Pengantin Perempuan

Si Pengantin bersama gadis payung pengapit

Sesi makan beradap, maka seraya si pengapit berkata ceh janji ada udang panjat!! mana dia

Sesi 3 Kenduri Rumah Mak Aku

Serba hitam silver dan bukannya hitam metelic

Petugas-petugas yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Apapun tahniah pengantin berdua

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

December 8, 2011  |  Kehidupan  |  3 Comments  |  Share

Nah teka-teki mengenai skim saraan baru perkhidmatan awam telah terjawab. Semua bleh pi website kementerian masing-masing. Bagi nak mudah pi ja website Jabatan Perkhidmatan Awam. Hari ini depa buka khas untuk semua penjawat awam baca. Yang rajin ka yang mengulaq ka boleh baca dan fahami.

Aku baca 2 kali masih lagi blur, dan yang aku buat-buat paham adalah lepas ni aku bukan lagi ayam bergred C41 tapi C1-1. Kalau ada rezeki boleh la kot ketua jabatan aku pertimbangkan C1-2 ka lepas ni. Haha bos i nak cium sket wakakaka.

Yang diwar-warkan tangga gaji baru, menceritakan kenaikan, banyak mana taktahu la.