Teori Purba Cina Bayi Lelaki atau Perempuan

Teori Purba Cina Bayi Lelaki atau Perempuan

September 29, 2011  |  Kehidupan  |  No Comments  |  Share

Bahan yang menunjukkan kaedah untuk menentukan jantina bayi ini aku dapat dari seorang sahabat. Dia bagi tau artikel ini dia dapat dari keluarga dia yang mana diambil dari satu majalah yang dikeluarkan pada tahun 1968. Lama tuh. Mulanya aku amik saja bukan apa saja nak kumpul bahan bacaan.

Tapi ujung minggu ni, bini aku ada bagitau cuba yang teori ni macam menepati ja dengan beberapa kejadian sebenar. Aku ambil dua tiga sample memberikan jawapan yang hampir tepat. So aku rasa teori ini logik tapi semuanya bergantung kepada ketentuan tuhan jugak.Namun di pihak kita kena berusaha la, kot-kot nak merancang famili bagi dapat anak perempuan ka laki ka mungkin bleh cuba la jadual seperti dibawah nih. Baca Lagi

Beroleh Kemenangan ke dua

Beroleh Kemenangan ke dua

September 25, 2011  |  Sukan  |  No Comments  |  Share

3 mata untuk Arsenal hari ni. 3-0, 1 song jaring dan kedua gol persie sapa pakai untuk football manager untung hari ni. Game separuh masa pertama goyah, mai separuh masa kedua barulah nampak penguasaannya. Defend terus bertukar ganti kali ni pakai Gibbs plak. Santos simpan. Tengah tengok song dan Arteta dah ok cuma ramsey huh. Nampak gaya list player injurd lepas game ni ada sorang lagi la kali ni Walcott. Apa pun janji menang!!

Ramli dah score, safee bila lagi

Ramli dah score, safee bila lagi

September 23, 2011  |  Sukan  |  No Comments  |  Share

Bila tengok iklan TM nampak best ja bila Ramli score gol untuk manchester. Tapi yang tuh semua angan-angan ja, tapi tak mustahil untuk direalisasikan. Perlu perubahan dari semua sudut, mental dan segalanya. Dipihak pengurusan perlu lebih terbuka dan kurangkan kronisme. Baru cita-cita nak eksport player ke negara luar tuh berjaya.

Tapi kadang-kala kat malaysia ni, campur adukkan dengan politik untuk memperoleh satu kejayaan dengan cepat. Tengok macam Alex Yoong terus hancur bila sampai ke litar F1. La ni cerita Safee, nak sumbat dia ke liga england. Kesudahan dia mungkin akan jadi seperti banyak player asia yang lain.

Cerita dari zaman kiatisuk sampai sekarang Ryo Miyachi. Player asia dianak tirikan saja. Apa yang penting kepentingan kewangan bagi sesebuah kelab tersebut. Untuk tarik penaja atau untuk tarik peminat asia yang marketnya sangat luas.Bakat ? diaorang boleh dapat banyak lagi.

Kenapa england sahaja, itu yang menjadi kepelikkan aku. Bukan apa, kata kita tak pernah dijajah tapi hakikatnya. Banyak liga yang berkualiti seperti spain, france, jepun, german. Itu kena fikirkan sendiri la, niat dan hasrat perlu clear. Perjalanan masih jauh untuk kita jual bakat diluar negara, perlu perancangan perlu pengorbanan. Bukan mustahil tapi sekarang bukan lagi masanya.

#1 Kelayakan Olimpik : Jepun Terlalu Laju Buat Malaysia

#1 Kelayakan Olimpik : Jepun Terlalu Laju Buat Malaysia

September 21, 2011  |  Sukan  |  No Comments  |  Share

2-0 catatan terbaik buat pasukan jepun, malaysia hanya bertahan dengan taktikal dan kepantasan player jepun. Cuma ketangkasan gol keeper malaysia saja yang menjadi batu penghalang dari jepun berkenduri. Huh nasib baik sungguh. Persembahan terpuji kepada player No 13 malaysia. walaupun body kecik tapi boleh atasi defend jepun. Striker tak berfungsi langsung.

Nike5 Street Gato Superb

September 20, 2011  |  Kehidupan  |  No Comments  |  Share

Superb itulah yang aku boleh kata, kasut Nike5 Street Gato ini amat selesa berbanding kasut futsal yang lain. Sebelum ini kebanyakan replika yang beli agak kurang selesa, mungkin Nike5 street gato ni memang untuk keselesaan semasa bekerja mahupun bermain. Tak menyesal membelinya!!