Kita sering kagum dengan kejayaan kejayaan orang. Kita sering cemburu melihat mereka. Kita sering mengambil kata-kata semangat mereka. Kita sering membandingkan tempat kerja kita dengan orang lain. Tapi mengapa kita masih kekal berada disitu?
Bagi aku kejayaan sesorang itu bukan hadir dengan mudah, ia akan hadir dengan pelbagai pakej. Perlu ada banyak pengorbanan masa,tenaga, hubungan kita dengan manusia lain. Jika kita takut berkorban kita akan berada selamanya ditahap yang kita berada sekarang ini. Tak mengapa tak perlu menyesali sebab kita dah memilih jalan kita.
Bila aku mula membaca kehebatan tokoh tokoh yang hebat, melihat individu-individu yang berjaya apa yang aku nampak depa ini hidup dengan satu objektif yang jelas, dari ojektif tersebut depa betui workout tanpa mengambil kira apa cabaran yang ada sepanjang perjalanan tersebut. Cara mereka layan setiap cabaran tersebut bukan sebagai penghalang tapi ia anggap sebagai peluang.
Berlian yang cantik dan mahal serta tahan lasak, ia tak boleh terhasil jika tiada tekanan yang kuat dalam satu tempoh yang lama. Kita boleh membentuk kaca secantik berlian tapi ia tak kuat mudah pecah. Tiada shortcut untuk menghasilkan sesuatu yang hebat.