Pandangan

Merah bermaksud risiko tinggi

Kalau sapa-sapa dok buat macam aku buat dalam 2-3 bulan ni mencatat kadar kes yang berlaku diserata tempat, aku rasa hangpa akan rasa sangat menakutkan. Mana taknya kadar kes yang tinggi hampir 80% daerah di Malaysia harini.

Banyak orang lebih minat untuk tengok SOP tanpa memahami sebab apa sesuatu SOP diwujudkan. Tak salah aih kalau tak tau pun. Masing masing ada cara depa paham. Aku lebih suka nilaikan risiko, sebab dengan kita tau sejauhmana seriusnya risiko tuh lebih mudah kita cadangkan kaedah pengawalan.

Bagi aku SOP yang kerajaan wujudkan adalah yang kaedah pengawalan risiko yang boleh digunakan tanpa mewujudkan lain lain risiko yang baru seperti kesan ekonomi yang serius, sebab tuh depa masih ada toleransi. Cuma kalau kita diperingkat organisasi, kita perlu nilaikan dan sediakan kaedah pengawalan tambahan dari kaedah kawalan yang dilaksanakan peringkat kerajaan.

Bagaimana diperingkat individu kita juga ada tanggungjawab bagi memastikan putusnya penularan ini. Norma baru bukan sekadar ungkapan, frontliner bukanlah pendiding dan SOP bukan ayat rukyah yang kita baca serta harapkan segalanya akan menjadi ok. Tapi tindakan kita akan menjadi perbezaan antara berjayanya kita atau gagalnya kita dalam menghadapi krisis ini.

Secara personalnya aku, sebagai seorang anak, sebagai seorang suami, sebagai seorang bapa, dan sebagai seorang pekerja, aku rasa sangat risau. Kesan pandemik ini sangat menakutkan aku. Apa akan jadi..

Kalau kita terus merenung, kalau kita terus berharap, kalau kita terus ego dan tidak bersama, pastinya sesuatu yang serius akan terjadi. Inilah masa kita berusaha dan berkorban, 2021 permulaanya sangat buruk. Harapnya segala usaha kita, perancangan kita akan berjaya.

Share this Story
Load More Related Articles
Load More By ajamz
  • Pandangan

    5 cara yang buat kita gembira bila buat kerja

    Kadang -kadang dok dengaq istilah monday blues, penyapu bila dalam dunia kerja. Dunia yang kita peruntukkan lebih kurang 8 jam sehari. ...
  • Pandangan

    Pengurusan Krisis COVID-19 dimana silap kita?

    Ada orang berkongsi statistik kes, so kita pun check semula bagi pastikan maklumat yang depa bagi bukan boleh telan tanpa tau ...
  • Pandangan

    Merah bermaksud risiko tinggi

    Kalau sapa-sapa dok buat macam aku buat dalam 2-3 bulan ni mencatat kadar kes yang berlaku diserata tempat, aku rasa hangpa ...
  • Pandangan

    Tak Mau Susah Tapi Nak Dihargai

    Kita takkan sampai ke puncak sebab 2 benda. Pertama sebab kita tak bergerak, duduk dan angan angan. Kedua kita rasakan jalan ...
  • Pandangan

    COVID-19-Work From Home

    Work From Home terma baru yang terhasil bila semua manusia perlu menjarakan diri antara satu sama lain bagi mengelakkan dari berlakunya ...
Load More In Pandangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

5 cara yang buat kita gembira bila buat kerja

Kadang -kadang dok dengaq istilah monday blues, penyapu ...