Balik petang tadi aku terjumpa satu risalah dalam aku punya postbox rumah. Biasa la spam versi real life ni.Ini salah satu strategi yang baik untuk perniagaan. Mana taknya buat pertama kali aku amik dan baca. Sebelum-sebelum ni aku amik dan buang terus.Kali ni aku amik dan baca.
Perkataan PROMOSI HEBAT tuh yang buat teruja. Turun bawah sket, baca dan mula lah napsu membuak-buak. Dasar lelaki perut seksi, pantang tengok harga murah siap ada free lagi.
Tunggu cik isteri balik, then merap kat dia ajak pi makan kat Huskie, makan malam. Kata dah jemu makan nasik mamak dengan nasi goreng siam. Pada hal terpengaruh benda free mashorum sup ngan float tuh. Nampak kan ciri-ciri lelaki gelojoh dan kacak hehe. Maka pergilah aku sekeluarga ke Huskie C Mart Arau dengan penuh semangat nak mengkedarah. Sampai terus order dengan konfiden nak amik pakej promosi. Tak sampai 10 minit maka sampailah air coke float. then sampailah Ayam Maryland aku.
Dok ushar, isk mana mashorum sup aku, try tunggu mungkin satgi sampai, 5 minit tunggu tak sampai then masuk ja 10 minit, aku tanya bini aku mana mahorum sup aku ni. Dia kata yang lam bekas putih tuh mashorum sup.
Fuh tak puas hati aku camni. Gambaq tunjuk lain tapi sampai cam lain.
Dah rasa panas dah, tapi sabarrr….sebab mungkin macam kat iklan mcdonald or kfc dia mesti kata gambar hanya ilustrasi saja , hidangan mungkin berbeza. Takpa la aku ingat camtuh, so panggil budak pelayan minta sudu. Dia buat muka pelik, sudu untuk apa. sampai saja sudu terus aku try rasa “mashoroom sup”aku. Uih pelik aih, rasa dia. Terbantut napsu makan aku taksedap, niat dah mula buruk. Balik aku nak tulis blog kata huskie tak jujur.
Dekat nak habis ja makan ayam maryland tuh, sampai hidangan terakhir, mashroom sup yang sebenarnya. erkkk aku tak dan nak komplain depa dah bawak mai. Tanya waiter tuh, dik yang lam bekas putih ni apa. adik tuh kata yang tuh kuah nak makan dengan ayam maryland tuh. Erkk tokojut den, aku dah buat macam sup la plak. Cik bini dah mula gelak hampes betui.
Oleh kerana malu, pi makan kuah, maka terus aku makan sup tanpa menangkat kepala.
Overall makanan kat huskie ni biasa ja, kalau nak dibandingkan dengan Secret Recipies. Untuk Ayam Maryland. Nanti ada duit mai dan rasa yang lain plak. Bagi yang jenis badan macam aku nak rasa benda free bleh mai sepanjang november nih, huskie buat promosi
is150
December 5, 2012 at 5:13 am
abih terburai perut aku gelak… hahaha
is150 recently posted..Demi masa