Assalamualaikum dan salam sejahtera, sekadar berkongsi pengalaman aku dalam nak masuk rumah baru. Kabinet dapur adalah antara menu utama perbincangan kami dalam “nak masuk rumah baru’. Kabinet dapur ni boleh dikatakan penting kerana dia merupakan workstation si isteri. Memandangkan rumah baru mempunyai ruang yang agak terhad dan ruang dapur serta ruang makan yang berkongsi, kami perlu memikirkan jenis kabinet dapur yang sesuai. Serta perlu memikirkan rekabentuk kabinet yang boleh memaksimumkan penggunaan ruang.
3 rekabentuk dibincangkan, yang pertama rekabentuk L-Shape, dimana ruang yang luas dan memudahkan pergerakan. Yang keduanya U-Shape , sepertimana L-shape , cuma dengan sedikit pertambahan untuk satu sudut umpama mini bar. Dengan adanya mini bar diharap dapat membahagikan ruang antara dapur dan ruang makan. Ketiganya L-shape+island ditengahnya. Ini design ala rumah moden la sket. Namun dari pengiraan ruang rekabentuk ini terlalu banyak menggunakan ruang. Lagi satu tak boleh nya nak buat dry kitchen ke wet kitchen. Dua-dua dok kat sini.
L-Shape dipilih kerana rumah yang kecil memerlukan satu rekabentuk yang pelbagai guna dan penggunaan ruang yang optimum. Selepas reka bentuk dipilih jenis bahan yang digunakan perlu ditentukan. Dilema samada menggunakan konkrit ataupun kabinet kayu ataupun stainles steel. Kelebihan konkrit adalah lasak dan murah, manaka kabinet kayu ada yang murah dan ada yang mahal. Ianya bergantung kepada badan kabinet dan table topnya. Manakala stainless steel pula lasak tetapi rekabentuk kabinetnya agak terhad.
Setelah berbincang dan survey harga yang terbaik, ikut gaya pemilihan JKR. Maka kabinet kayu dengan bahan-bahan yang kami berdua nak direalisasikan oleh kontraktor yang dilantik. Oh ya, antara pemberat untuk memilih jenis kabinet yang kami pertimbangkan adalah menjurus kepada kelasakan kabinet itu dan jangka masa kami akan menggunakan kabinet itu.
Sebab apa kelasakan dipilih sebagai kreteria, ianya kerana kawasan perumahan kami berada dalam bandar Kangar dan mengikut kejadian yang banjir yang berlaku sejak 7 tahun lepas, kangar selalu menjadi mangsa banjir.Insyallah tak berlaku lagi la, amin. Lagi satu berapa lama yang nak digunakan pula lebih menjurus kepada perancangan pengubahsuaian dimasa akan datang. Namun bagi kami berdua lambat lagi kot nak renovate tambah dapur.
Akhirnya minggu lepas siap sepenuhnya kabinet dapur kami. Mengikut citarasa si penggunanya. Namun begitu dalam perancangan telilti pon boleh jadi salah juga.
- Ruang tidak dapat dimaksimumkan kerana kesilapan pepasangan elektrik. Sepatutnya aku kena rancang design kabinet dan elekrik sekali bagi memudahkan perancangan.
- Si Suami nak cat rumah sendiri sebab nak bajet. At last sebab takda masa dan tangguh kerja, pepasangan kabinet dipasang pada dinding yang tidak dicat. Moral of the story kalau ada duit, upah la orang kongsikan rezeki.
Ok inilah kabinet dapur pilihan kami berdua, simple dan ok ok ja….
Mohd Isa
May 6, 2012 at 9:38 pm
pergh, kemah molek. memang terbaiklah bro. bilalah nak ada rumah sendiri. leh gak deko2…
Mohd Isa recently posted..Poster Karakter Marvel’s The Avengers
ajamz
May 8, 2012 at 10:35 pm
hahah tq
chemie
May 7, 2012 at 4:36 pm
smart kitchen kabinet depa
chemie recently posted..Salahkan orang
ajamz
May 8, 2012 at 10:35 pm
taktau nak masak bila plak
Elyza
May 14, 2012 at 11:24 am
cantikla…agak2 rape budget kuar ni?
ajamz
May 14, 2012 at 11:18 pm
kabinet dia ikut material yang digunakan, kalau macam ni dan saiz rumah saya around 8-10k tak termasuk aksesori.
omar
September 14, 2012 at 4:30 pm
boleh dapat contact number contractor ni?
ajamz
September 17, 2012 at 11:50 pm
dia ada kedai kat jitra, mykitchen
azie
December 1, 2012 at 4:17 am
cantikkk….boleh sy tahu rm brpe?
ajamz
December 5, 2012 at 10:59 am
hehe harga rahsia puan haha
Statistik Azamrashid.com 2012 | Azam Rashid
December 31, 2012 at 4:48 pm
[…] Bagi kehadiran pengunjung pula, laman ini mencatatkan kunjungan sebanyak 16,813 orang pengunjung berbanding hanya 5,526 orang pengujung pada tahun sebelumnya. Keyword yang sering menjadi modal untuk mengumpan pengunjung ke laman web ni adalah keyword dapur dan kabinet. Keyword ini menjuruskan kepada post aku bertajuk Home Sweet Home #3 : Kabinet Dapur. […]
Johanis
July 22, 2015 at 1:34 am
Oak azam, kalo sy mau buat kabinet Dan lemari stainless bisa ? Thanks
ajamz
February 2, 2017 at 8:48 pm
tak bisa hehe