Work From Home terma baru yang terhasil bila semua manusia perlu menjarakan diri antara satu sama lain bagi mengelakkan dari berlakunya penularan wabak. Kita sebenarnya tak bersedia untuk perkara sebegini samada organisasi malah semua pekerja seluruh malaysia. Namun ia bukan penghalang malah ini adalah peluang untuk semua membaiki kelemahan yang dapat diperolehi sepanjang PKP berjalan.
Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah alat yang kita gunakan, tak ramai yang mempunyai tool yang baik kebanyakan hanya mempunyai 1 komputer bagi satu rumah kalau dua laki bini bekerja dari pejabat anak 5 orang sekolah jenuh berebut. Yang ada tablet pon yang paling basic hanya digunakan untuk anak tengok youtube ja. Selepas ini mungkin semua perlu miliki komputer atau tablet yang sesuai untuk bekerja dari rumah. Malah kepada anak-anak pon perlu disediakan tool ini untuk tujuan pembelajaran dari rumah.
Leave a Reply