Arsenal Sangat Berjimat dan Flamini Rejoin

flamini

Menjelang tarikh perpindahan, dapat dilihat pasukan yang aku sokong ni sangat berjimat-cermat dengan masih tiada sebarang pembelian pemain baru. Macam yakin sahaja dengan pemain sedia ada. Kemasukan baru hanya Yaya sonogo dan Flamini. Dua-dua kemasukan pemain itu adalah secara free agent ja bayar duit tiket ja haha.

Flamini kembali ke arsenal seperti mana yang pernah dibuat oleh Sol Campbell pada 2010 yang lalu. Ini mungkin untuk menguatkan dibahagian pertengahan sebagai backup kepada arteta dan juga pertahanan.

Apa pun layan ja la, janji top 4, kalau belanja besar tapi tak konsisten buat apa kan.

Manchester lawan Arsenal

Banyak cabaran nak tengok kali nih Menyu lawan arsenal kali ni. Tahun lepas tengok kat rumah mertua dan kali ni pon sama. Rekod kalau aku tengok kat rumah mertua boleh dikatakan mesti arsenal akan jadi arsengal. Cabaran pertama ialah astro yang sengal, pantang ujan renyai-renyai pasti akan terganggu siaran. Hampeh! tuh pon jangan nak monopoli jugak. Cabaran kedua tak boleh nak gedik macam tengok kat stadium, biasa la kat umah mertua hahahah kontrol ayu la wakaka. Read more

Bila Masing Masing Nak Buktikan Sesuatu

Sakan dua player Manchester City buktikan sesuatu musim ni. Betting antara nasri dan pengacara CNN, yang mana telah memihak kepada nasri.Dan yang paling memelikkan Tevez player awai dan ujung musim cuba buktikan sesuatu kepada ferguson bos lama dia.

Apapun kepada penyokong city, Form is temporary,class is permanent…

Macam Mana Manchester City Boleh Menang EPL

Hari ini dunia, peminat bola sepak tengok macam mana Manchester City boleh menang. Kalau tengok musim ni macam dah dirancang untuk pastikan suasana kemuncak perebutan tahta liga EPL hingga ke minit terakhir. Debaran untuk perebutan tempat ketiga dan pasukan yang perlu disingkirkan pon menarik. Kedua peminat united dan city pastinya berdebar namun Apa pun musim ni piala liga dah dapat dekat manchester city. Tapi macam mana dia boleh menang epl.

Kalau tengok kat graf diatas dah menunjukkan manchester city dah melabur paling banyak tahun ni, untuk memperoleh piala buat kali pertama. Dengan pembelian pemain pemain yang bagus dan berjaya diblendkan sebagai sebuah pasukan yang mantap, so tak hairanlah dia akan menang pada tahun ni.

Adakah menjadi juara bukti pasukan itu berjaya? Tidak  bagi aku, pasukan yang paling berjaya untung tahun ni adalah pasukan spurs yang mana hanya belanjakan paling terendah sekali, tapi berjaya mengugat hingga kepenghujung musim. Pasukan yang paling gagal adalah pasukan liverpool belanja banyak tapi gagal semuanya.

So liga dah tutup 20 hari lagi kita layan Euro plak…