Sukan

Fifa World Cup 2014 : The Last Game

Filem animasi yang bertajuk ‘The Last Game’ itu turut menampilkan bintang handalan dunia yang lain seperti David Luiz, Franck Ribery, Andres Iniesta dan Tim Howard.

Dalam filem ini, saintis telah berjaya menghasilkan klon pemain bola sepak yang mampu memberikan prestasi yang lebih baik dan menyebabkan karier para pemain yang lain musnah.

Akan tetapi legenda bola sepak Ronaldo mempunyai keinginan tinggi untuk menyelamatkan permainan yang dicintainya dengan mengembalikan semula semangat pemain ini untuk mencabar klon mereka dalam satu perlawanan bola sepak.

Di penghujung animasi ini menunjukkan permainan yang bijak, kreatif dan permainan yang mengambil risiko adalah elemen yang perlu ada bola sepak.

Sumber : Stadium Astro

Kehidupan, Sukan

Kalau Iya Pon

Wow terpegun dengan ilustrasi, yang memaparkan stadium utama negeri yang diubahsuai menjadi stadium utama bagi SUKMA 2014 April-Mei ini. Sangat futuristik dan dikatakan mampu menampung 25,000 orang dalam satu satu masa. Terbaik!. Bila melihat ilustrasi tersebut kelihatan juga seperti stadium sarang burung di china yang digunakan untuk pembukaan dan penutup sukan olimpik china

Stadium Utama

 

Sangat cantik bukan?

Apapun ini hanyalah ilustrasi semata-mata, jika dilihat dari perkembangan semasa yang sedang berlaku distadium tersebut hanya penukaran permukaan sintetik, pembaikan toilet dan kerja mengecat. Oh ya, scoreboard pon tengah upgrde takpakai lagi monotone tapi pakai yang ada kaler pulok.

Apa pun tahniah kepada designer yang buat, namun realistiknya untuk menyiapkan kerja ubahsuai dan menaik taraf stadium sediaada dalam tempoh 3 bulan agak tak logik la. Kalau iya pon, kencing sikit sikit sudah la…

Arsenal

Penyerang paling lama tak menjaringkan gol untuk pasukannya Nicklas Bendtner akhirnya berjaya memecahkan kemarau jaringan selama 3 tahun lebih. Kali terakhir dia buat jaringan pada tahun 2010. Fuh punyalah lama dan masih arsenal simpan. Kalau kat malaysia pasti dah tukar posisi ke bahagian yang lebih memerlukan haha.

Apapu 2-0 menang dengan Hull dan terus menggungguli carta liga buat kali pertama sejak beberapa tahun gersang tanpa sebarang gelaran. Next game Everton yang segar dengan kemenangan keatas Everton B Manchester United. Rasanya game nih bleh ja menang.

Arsenal

Kalau Manchester United berbangga dengan khidmat panjang Alex Ferguson, pengendali Arsenal juga antara yang paling lama berkhidmat dengan Arsenal. 17 tahun satu jangka masa yang panjang, berapa kali dah renew kontrak hehe. Tapi dia punya rekod kalau banding dengan Alex Ferguson memang la Alex ferguson lagi legend. Tapi Wenger juga lebih baik dari rekod David Moyes semasa long service di Everton.

Ini antara rekod yang dia ada selain terkenal dengan penny pitchersnya

gun__1380548768_wenger_wdl (more…)