Personal Financing

Tips Kad Kredit : Cara Habiskan Hutang Secara Berperingkat dan Tambah Simpanan dalam ASB & Tabung Haji

assalamualaikum dan salam sejahtera, harini just nak berkongsi pengalaman dulu-dulu. Cerita kad kredit rasanya ramai pernah lalui , bila mana dapat kredit mudah belanja dan bayar bulan bulan. Dari sedikit demi sedikit, lama lama jadi banyak. Mengapa jadi camtuh sebab bayar minimum sampai bila pon tak habis bayar. Satu lagi kebanyakkan kita tak jaga perbelanjaan mengikut waktu-waktu yang ditetapkan. Maka ketika itu perbelanjaan kita dikenakan caj bank. Dulu aku guna sepanjang masa terutamanya kegunaan buh minyak guna tak kira time, sebenarnya ada 10 hari yang bila kita gunakan kad akan dikenakan caj. Sebab apa buat gitu sebab dengar orang kata dapat poin dan rebate. Tapi sebenarnya kad aku cuma dapat poin ja.

Dulu aku selalu asingkan mengikut jenis perbelanjaan mengikut jenis, belanja rumah, bil, dan kad kredit. masa awai dulu dulu takda masalah namun lama-kelamaan dah rasa makin membebankan bila mana kenaikan harga barang, caj bil makin naik. Duit untuk simpanan makin sikit, tak capai sebagaimana yang cadangan orang pandai pandai menyimpan, yang mana depa kata at least dapat simpan dalam 10-15% dari gaji kita.

Mai satu tahap simpanan makin kurang, dok pikir macam mana nak buat. Pastu mula baca blog blog pengurusan kewangan, study program AJIT, last dapat idea macam mana nak manipulatekan kad kredit. Cara mudah takyah bayar Minimum caj, duit minimum caj tuh dijadikan simpanan. Senang cerita. Read more

Isu Semasa, Personal Financing

Dividen dan Bonus Tabung Haji 2016

Jumaat yang barakah hari ini dimulakan dengan pengumuman dividen dan bonus tabung haji 2016. Alhamdulillah pelaburan tahun ini masih mencatatkan keuntungan, namun masih konsisten kejatuhannya. Dengan keuntungan dividen telah menyusut dari  4.25 sen seunit dan bonus bagi penyimpan yang masih belum menunaikan haji sebanyak 1.5 sen seunit.

Ini pasti menyaksikan pelbagai reaksi dari seluruh masyarakat mengapa kian lama kian sikit pulangan pelaburannya. Ini setelah pelaburan di ASNB pon tahun ini terus menyusut. Mungkin banyak yang lebur berbanding labur. Dimanakah turning point untuk pelaburan pelaburan ini kembali ke trek asal untuk kembali menyuburkan pelaburan rakyat marhaen ini.

Subsidi dah dibuang, GST dah ditambah, caj perkhidmatan ditambah mana mungkin ekonomi kita masih belum kukuh?

Personal Financing

Dummies Tips : 6 Langkah Membayar Bil Menggunakan JomPAY di Maybank2u

Memandangkan kini JomPAY kini menawarkan peluang untuk memenangi hadiah BMW 1 Series dan pembayaran bil percuma kepada pengguna yang menggunakan sistem ini. Sebenarnya ini merupakan promosi JomPAY selama 100 hari bermula dari 28 April 2016 hingga 31 Ogos 2016. Sepanjang tempoh ini anda yang menggunakan sistem pembayaran bil ini akan berpeluang menjadi calon sebagai pemenang kereta atau bil percuma selama setahun.

Siapa JomPAY ini? Rasanya saya pon tak pasti hahahaha, kalau tak salah dia merupakan satu perkhidmatan dibawah anak syarikat Bank Negara yang dinamakan MyClear. MyClear ini antara produk dia adalah FPX dimana kalau sapa selalu guna untuk pembelian online banyak syarikat gunakan perkhidmatan ini untuk interbank payment dalam sistem pembayaran mereka. FPX menawarkan caj yang lebih rendah berbanding lain lain penyedia perkhidmatan pembayaran seperti MOL, IPAY. So, JomPAY adalah produk seterusnya untuk disasarkan kepada pengguna.

JomPAY ini boleh digunakan oleh di semua 42 bank yang ada di malaysia dan jumlah penyedia perkhidmatan yang menggunakkan sistem dan membolehkan kita membayar bil kini dah makin banyak, ini termasuk bayar zakat dan bayar yuran pengajian. Saya banyak menggunakan Bank Maybank dan Bank Islam untuk membayar bil di JomPAY. Namun tak jadi habit sangat sebab bayar bil di JomPAY pengiraan treatpoint/mata ganjaran bank tidak dikira. Itu rugi sikit. Read more