Tandusnya Idola

Petang tadi aku berkesempatan nak tengok HBO sempena Astro meraikan kemenangan People’s Choice Putra Brand Awards yang mana dia bagi free semua channel sepanjang 10 hari. Tengok cerita Justin Beiber (eja betul ke dak ni), tengok bagaimana kegilaan remaja kepada seorang penyayi yang dianggap sebagai idola kepada diaorang. Entah apa yang hebat sangat tentang mamat ni, yang mula popular dari youtube ja. Rasanya kat malaysia ada 2 3orang lagi mengikut jejak langkah mamat nih. Mungkin kehidupan mereka yang takda satu hala tuju menyebabkan depa cari alternatif untuk dipuja sebagai idola kot. Depa takda agama pon.

Kat belah kita pula berlumba lumba cari idola tapi nak islamic sikit. Kalau tak salah aku, penyayi yang mula dijadikan idola adalah mawi masa dia dalam AF. Kemunculan dia waktu tuh dengan lagu pergi tak kembali, menarik ramai orang. Mungkin dia nampak islamik kot. Selepas tuh Astro cuba wujudkan idola hiburan berwatakkan islamic bagi perempuan, cari yang bertudung untuk dijadikan sebagai idola. entah berjaya ka dak dua tiga orang selepas tuh. Namun aku rasa kita semua sekarang kekurangan idola untuk dijadikan benchmark untuk kehidupan.

Mungkin dalam masyarakat kita sekarang masih mencari sesuatu untuk mengisi dalam kehidupan. Adakah masyarakat kita dah lost sampai kita kelihatan terdesak. Mana taknya, asal artis saja dikatakan insaf dah boleh jadi penceramah agama dijadikan contoh diangkat seumpama idola. Berlambak aku tengok, bukan dengki cuma terfikir macam dalam diri semua dalam masyarakat masih lagi kosong. Sampai bila…..

 

Pandangan

Alasan halang pelajar berpolitik

Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar berpolitik bertujuan memastikan matlamat utama pendidikan untuk membina minda dan keupayaan intelektual pelajar dipenuhi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam penjelasannya semalam, berkata ia juga bagi mengelakkan mereka terikat secara langsung dengan parti politik, manakala Perlembagaan memang membenarkan sekatan tertentu untuk kepentingan pendidikan.
Beliau berkata, jika dibenarkan menjadi ahli atau memegang jawatan politik, pelajar akan terikat dengan ideologi dan peraturan parti yang perlu dipatuhi, sekali gus menjejaskan matlamat pendidikan untuk membina minda dan keupayaan berfikir pelajar.

“Dari sudut pendidikan, Perlembagaan membenarkan supaya ada sekatan dan perkara ini perlu diberi penekanan kerana memang menjadi matlamat institusi pengajian tinggi dan matlamat utama pendidikan untuk membina pemikiran pelajar.

“Ada orang kata jika menyertai parti politik akan menerbitkan keintelektualan di kalangan pelajar, tetapi kita lihat ramai pelajar tidak menyertai parti politik pun untuk mencapai tahap itu (intelek),” katanya selepas merasmikan Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, bercanggah dengan Perlembagaan.
Pada 28 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Hilman Idham, Wong King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu sebelum membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled bagaimanapun berkata, seksyen itu membenarkan pelajar menjemput wakil parti politik menyertai program di kampus bagi membolehkan mereka mendengar pandangan parti politik berhubung sesuatu perkara.

Beliau juga berkata, orang ramai perlu memahami mengapa AUKU tidak membenarkan pelajar menjadi ahli kepada parti politik.

Teringat masa dulu macam-macam benda terjadi kat kampus dulu, cerita kalah 0. Cerita buang banner masa TG2KM, kisah tangan hantu tulis keburukan orang. Jumpa bakal VC. Hrmmm sebenarnya kat kampus kita membesar dan merasai sekelumit pengalaman. Tapi jangan keterlaluan sampai jadi kambing orang politik. Ada jugak rakan-rakan dulu masa belajar sokong hijau tapi bila diluar kampus sokong merah. Begitu jugak sebaliknya.

Tak dinafikan ada yang terlalu taksub, sehinggakan nampak satu arah. Pelajar perlu tahu had dan hak sebagai seorang mahsiswa. Pertama kena ingat amanah kita kepada keluarga kita pi nak berjihad belajar, politik main seronok-seronok amik pengalaman cukup.Takat politik kampus cukup la, takyah merapu sampai nak pi menyelamat bumi ni, mengaji pandai-pandai bagi habis, and pi selamatkan alam semesta.

Pandangan

Belanjawan 2012. Naik Gaji? Pencen Umur 60?

Sejak 2, 3 minggu nih dak kedengaran la 2 cerita yang mampu menerbitkan rasa ceria dikalangan pekerja macam aku ni. Khabar anginnya ianya akan diumumkan oleh Perdana Menteri belanjawan 2012 ni. Satunya cerita ceriti gaji bakal di revise semula. Awalnya dengan kenaikan sekali ganda. Tapi macam lawak ja, bila sembang balik dengan orang-orang pencen, diaorang cakap kalau ikut sejarah kenaikan susah la nak lebih dari 20%. Apapun kena tunggu.

Satu lagi cerita had umur persaraan akan dinaikkan jadi 60 tahun. Cerita ini banyak diperdebatkan mana taknya banyak implikasi yang bakal berlaku.Disudut positifnya kalau dilihat perkembangan ekonomi dan kos sara hidup yang kian naik, ini adalah tindakan yang boleh dikatakan sesuai bagi memastikan masyarakat stabil. Bagi yang baru membina keluarga diusia lewat, mungkin waktu pencen tuh anak dok mengaji lagi. Tapi kalau pencen 60 tuh bolehla cover sikit kewangan untuk keluarga. Mungkin diperingkat goverment dapat menjimatkan kos, ini kerana jangka hayat rakyat kian meningkat. Read more

Pandangan

Rakyat Malaysia Kreative?

Semalam aku cuba meneroka hampir semua laman web universiti, dan jabatan kerajaan, apa yang dapat dilihat adalah kebanyakkan laman web di Malaysia menggunakan platfom joomla untuk memudahkan pembinaan dan menyelenggaranya. Seorang sahabat memaklumkan bahawa semua jabatan kerajaan digalakkan untuk mengunakan platform joomla.

Apa yang menyebabkan aku terfikir mengapakah kita lahirkan banyak graduan IT dan cendiakawan IT tapi diperingkat perlaksanaannya kita masih lagi menjadi pengguna bukannya pencipta. Hairan aku adakah OBE yang dibuat tak melihat atau mencungkil idea baru. Dalam bulan Julai kita dikejutkan dengan cerita budak budak nakal IT untuk menggodam laman web jabatan dan laman web lain untuk menunjukkan tanda protes akibat halangan yang telah diwujudkan oleh kerajaan. Manakan tidaknya platfom terbuka dan disukai ramai macam joomla atau wordpress amat mudah dilepasi. Mungkin kejadian sebaliknya jika kita jadi warga pencipta amat mudah kita mengawalnya. Read more

Pandangan

Banjir Datang Lagi

Mula November 2010 kemudian dikejutkan dengan April 2011 dan kini terbaharu September 2011. Maka lengkaplah kali ketiga banjir dalam tempoh 12 bulan. Rekod terbaru yang terjadi di negeri tercinta. Seperti biasa air akan naik selepas hujan berenti dan ketika panas lit-lit.

Mungkin ini pertanda kepada umat manusia disini. Mungkin hikmah tersendiri disebalik kejadian ini. Moga diri aku dan semua dapat mengambil iktibar dan memperbaiki diri dan keluargaku. Menunding jari? Hrmm siap yang perlu dipersalahkan..mungkin tak perlu diperdebatkan