Kerja, Pandangan

Sekitar Berbengkel Bagi Program Perlis Maju

Alhamdulillah, selesai sudah bengkel ke 2 bagi memurnikan definisi operasi dan update pencapaian suku tahun ke 2, 2013 bagi program negeri. Dah nampak ada peningkatan dan pemahaman dikalangan orang buat kerja cuma kena tambah kreativiti sikit. Bagi aku sebagai salah seorang peserta, kalau diteliti dan dilihat secara menyeluruh, program ini secara tidak langsung  sebenarnya dapat memaksimakan dan mengoptimumkan semua sumber bagi membangunkan negeri.

pm2 Read more

Caj internet lebih murah

internet

semalam bersemangat menteri komunikasi dan multimedia mengwar-warkan bahawa akan cuba memastikan caj internet lebih murah. Bagi seorang manusia dan rakyat yang biasa kami amat menyambut baik langkah yang dicadangkan. Kalau tak salah minggu lepas ada sebuah syarikat pembekal perkhidmatan baru nak mencadangkan untuk mengenakan caj tambahan bagi penggunaan internet ini. Tapi mungkin dengan kenyataan Menteri mungkin syarikat akan mematuhinya.

Selain dari caj yang murah rasanya kualiti perkhidmatan juga perlu dipertingkatkan, kalau konsep dulu-dulu terus diamalkan rasanya ia tidak akan mencapai matlamat. Oh ya, konsep dulu-dulu ni adalah seperti kalau caj RM50 maka kualitinya 50% je, tapi kalau bayar lebih maka peratusan kualitinya akan meningkatla . Maka itulah punca kelembapan internet. Read more

ASTRO Menipu?

Astro menipu aku ka? walaupun subscribe pakej sport tapi untuk channel euro dan olympic dikenakan access fee. Huh, kalau nak charge tambahan ke atas pengguna tuh bukan sepatutnya dia kena maklumkan kepada kita ka or kita telefon activekan baru boleh diaorang charge kan. Pelik sangat pelik.

Dah la sekarang ini kita disajikan dengan channel yang hanya memaparkan cerita  atau program yang sama setiap hari. memang inikah kaedah menipu pengguna dialaf baru nikan. Betullah kata orang sajian Astro makin memualkan dan menipu. Hrmmm kena buat sharing plak la bukak server baru padan muka astro.

Tandusnya Idola

Petang tadi aku berkesempatan nak tengok HBO sempena Astro meraikan kemenangan People’s Choice Putra Brand Awards yang mana dia bagi free semua channel sepanjang 10 hari. Tengok cerita Justin Beiber (eja betul ke dak ni), tengok bagaimana kegilaan remaja kepada seorang penyayi yang dianggap sebagai idola kepada diaorang. Entah apa yang hebat sangat tentang mamat ni, yang mula popular dari youtube ja. Rasanya kat malaysia ada 2 3orang lagi mengikut jejak langkah mamat nih. Mungkin kehidupan mereka yang takda satu hala tuju menyebabkan depa cari alternatif untuk dipuja sebagai idola kot. Depa takda agama pon.

Kat belah kita pula berlumba lumba cari idola tapi nak islamic sikit. Kalau tak salah aku, penyayi yang mula dijadikan idola adalah mawi masa dia dalam AF. Kemunculan dia waktu tuh dengan lagu pergi tak kembali, menarik ramai orang. Mungkin dia nampak islamik kot. Selepas tuh Astro cuba wujudkan idola hiburan berwatakkan islamic bagi perempuan, cari yang bertudung untuk dijadikan sebagai idola. entah berjaya ka dak dua tiga orang selepas tuh. Namun aku rasa kita semua sekarang kekurangan idola untuk dijadikan benchmark untuk kehidupan.

Mungkin dalam masyarakat kita sekarang masih mencari sesuatu untuk mengisi dalam kehidupan. Adakah masyarakat kita dah lost sampai kita kelihatan terdesak. Mana taknya, asal artis saja dikatakan insaf dah boleh jadi penceramah agama dijadikan contoh diangkat seumpama idola. Berlambak aku tengok, bukan dengki cuma terfikir macam dalam diri semua dalam masyarakat masih lagi kosong. Sampai bila…..