Kerja

#Lambattangkap

Aduh macam mana la aku tak perasan yang sebenarnya benda yang diaorang buat adalah untuk buat resolusi bagi mengiyakan bahawa ketidakkebolehan aku untuk deliver benda. That why the same words continuously keluar berkali-kali. Aku khayal dengan idea sendiri, jemmm. Selepas 5 jam baru perasan bahawa sebenarnya aku dah dismiss. Aduh macam mana la tak boleh hadam seawal minit pertama.

Sangat buang masa aku rasa. Personaly cakap sepatutnya aku tak perlu share apa pun, bila mana persepsi terhadap hasil yang diusahakan dah berbeza. Aku ja perasan emas rupanya orang lain pandang sebagai ia sebagai habuk. Ia membuatkan orang makin benci dengan idea yang berterusan aku keluarkan, depa dah block tapi yang aku kurang sensitif.

Damn! silap aku…all the best…. gua simpan gua punya pandangan. Lu orang lagi layak dari gua. Hopefuly pada masa datang aku improve my knowledge .

Kerja

Bad Feedback

Kadang kala kita kena tau had kita, minggu penghujung Julai dan Awal Ogos sangat stress, mungkin ada sedikit kesilapan pengaturan waktu kerja kerana waktu menerima kerja tak tengok jadual. Itu kelemahan pertama. Sikap tidak menolak merupakan kelemahan kedua. Makanya akibat yang ketara adalah pertindihan waktu bagi setiap tugasan 4 aktiviti tertindih pada masa yang sama.

Hasilnya, Komitmen berkurangan, kualiti kerja berkurangan.

Minggu ni terjumpa dengan rakan rakan yang membantu, rating dia berikan untuk kerja kali sangat poor, mungkin cakap berlapik. Tak mengapa sahabat terima kasih atas membantu menyelesaikan kerja, dan terima kasih atas feedback yang jujur. Moga pada masa hadapan akan cuba diperbaiki kerja yang diamanahkan.

Apapun bad feedback kadang kala bukan untuk menjatuhkan atau merendahkan seseorang tapi boleh memperbaiki kelemahan yang ada

Kerja

Exam, thumbdrive tertinggal dan harddisk kena virus

Exam yang sangat mencabar, material yang sama cuma dibaiki dengan komplen yang lalu pemeriksa yang lalu namun tak memenuhi kehendak pemeriksa yang baru. Tawakal je.

2 hari sebelum cerita sebelum tuh, semua nak mudah dan simple tapi leka. Semua data nak exam diletakkan dalam satu thumb drive dalam laptop tak yah savekan backup. Mudah untuk dibawa ke memana termasuk pergi exam. Namun selalu lah amal double check sebelum bergerak ke mana mana bagi mengelakkan benda yang penting tertinggal. Jika dah berada lebih 300 km dari rumah amat sukar untuk patah balik dan pi amik thumb drive yang tertinggal.

Namun dengan unifi 30mb dan google drive masalah tertinggal jadi penyelesaian. Gunakan teknologi. Bahan untuk presentation boleh dimuatnaik ke dalam google drive dan dimuat turun di dalam laptop.

sehari sebelum exam, Ya aku juga masih leka, setiap presentation perlu dibawa bersama dengan salinan hardcopy presentation kepada pemeriksa. Huh nak print kat mana 300 km dari rumah bukanlah satu kawasan yang aku familiar. Nah dicopy semua presentation bersaiz 20mb ke dalam backup harddisk 80GB.

Terima kasih sekali lagi teknologi, membantu mencari lokasi terdekat untuk print, cyber cafe. Walaupun kos sehelai rm0.30 aku print juga. Lega rasanya dapat sediakan ikut semua yang diperlukan.

Hari yang dinantikan, debaran mula terasa, dikelilingi beberapa anak muda yang sedang menghafal. Nombor dipanggil degupan kian kencang. Masuk ke dalam bilik, dua orang pemeriksa, harddisk dikeluarkan. Autorun nampak dah timbul. Dipadamkan autorun dan my computer dicari. Ini adalah teori nak elakkan virus.

My Computer dibuka dan drive d diklikkan namun yang ada hanya, folder folder shortcut!!! semua fail dalam harddisk dah jadi shortcut link. Luluh hati beta, namun sentiasa kena ada backup plan. Nasib ada laptop ku dan segalanya diteruskan.

3 hari selepas, masih mencari penyelesaian untuk tukarkan kembali semua folder yang jadi shortcut link. Namun ada satu artikel yang menarik di techchore menyatakan bagaimana sesebuah komputer boleh berjangkit dengan virus ini dengan hanya mengklikkan/membuka drive yang dah ada virus ini samada melalui autorun mahupun melalui my computer.

Teringat laptop kat tempat peperiksaan yang dah aku bukak untuk tengok fail aku, rasanya dah ramai yang berjangkit sebab turn aku antara yang awal, dan ramai lagi yang dok tunggu……huh tawakkal kepada allah moga lulus exam. aminnn