Kehidupan

Wayang

wayang

Makin membesar kita, makin banyak yang dilalui. Ada yang baik dan ada yang disebaliknya. Sebab itu mungkin ini, ujian yang kita hadapi untuk menguji diri dan kemampuan kita. Andai kita berjaya tinggi ganjarannya dan andai kecundang maka terhumbanlah kita.

Melihat dunia pelbagai warna, manusia menghiasi pelbagai lagak dan gaya. wayang pastinya selalu dapat dilihat, manusia melakonkan dengan jayanya, setiap watak ada tujuan dan desitinasinya. Biar ada yang terluka dan pastinya ada yang gembira.

Kehidupan

#lontarbelakang 1: Perpustakaan bergerak

lontarbelakangDulu-dulu setiap hari rabu jam 3.00 petang balik sekolah ja teruih keluaq dengan berbekalkan buku minggu lepas mesti kena bawak jika mau pinjam buku baru. Bila sampai ja, memang dah nampak budak-budak jawi dalam dengan jawi utan buluh mai naik gereka parking bawah pokok. Huh nanti depala yang akan naik dulu sebab depa sampai awai. Kalau ada buku best mesti depa dapat dulu. Perpustakaan bergerak akan sampai dan parking kat depan rumah cik umaq.

Dulu rasa macam banyak ja buku dalam perpustakaan bergerak ni, tapi takperasan plak banyak buku novel dan cerita kanak kanak. ensklopedia takda yang complete tapi bleh la cari kat perpustakan bergerak ni. Tapi sebab nak buktikan kat cikgu kat malaysia kita la yang baca buku lebih dari kajian yang dilakukan kena jugak pinjam buku baca. Rasa zaman kajian KBSR dulu purata orang malaysia baca setahun tak sampai satu buku. Walaupun terhad rasanya banyak berjasa jugak la perpustakaan ni, bagi orang luar kawasan bandar untuk pupuk minat membaca, walaupun bahan bacaan kat negeri perlis ketika itu amatlah kurang.

Alhamdulillah budak budak la makin mudah dapat informasi, kalau dulu ensklopidia sentiasa berebut kalau nak baca, cerita rimau, cerita boya cerita beyond2000 dulu susah dapat. La klik ja kat ipad ka henfon ka. Dan mungkin bas yang jadi perpustakaan bergerak ni dalam tempoh 5-8 tahun akan datang dah tak relevan dan akan masuk muzium kot. Tengok bas ni pon dah uzur hanya dicat baru ja, pakcik drebar ni pon dah macam nak pencen dah. Apapun terima kasih kepada penyedia perkhidmatan ini..

Hak Berjiran

Hak berjiran adalah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh agama Islam. Dalam Islam, jiran adalah mereka yang dekat dengan rumah kita. Dalam bahasa klasik disebut, 40 buah rumah ke kanan dan 40 rumah ke kiri, 40 ke atas dan 40 ke bawah.

Ukuran ini menjadi relevan dengan rumah pangsapuri dan flat pada hari ini. Malah kehidupan dalam sesebuah taman perumahan. Semua mereka itu adalah jiran anda.

Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah menganmalkannya: Read more

Kehidupan

Hadiah RM32.20 Dari Gillette

Ini bukan iklan racun serangga

Dengan membeli produk Gillette yang berharga RM16.90, hari ini aku telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM 32.20 atau USD 10. Wow mudahnya memperoleh wang semudah gores dan menang.

langkah pertama, koyakkan stiker diproduk anda, anda akan lihat kod redem anda

redem

Catatkan nombor redem anda, dan bawa ia ke pejabat anda, ini kerana proses seterusnya akan lebih menjimatkan kadar penggunaan bandwith broadband anda. Sampai je ke pejabat logging ke web Gillette https://www.gillette.com/en/au/easports/countryselector.aspx. Read more