Kehidupan

Terlalu Lama

Terpandang disatu persimpangan satu banner sokongan kepada seorang pemimpin sebuah organisasi. Banner tersebut sebagai ucapan tahniah diatas kemampuan pemimpin tersebut dalam menerajui organisasi bagi penggal yang baru. Kalau itu jumlah tahun tuh dah lama jugak la si pemimpin ini menerajui organisasi tersebut.

Terasa bangga juga kerana kehebatan bagi mengekalkan jawatan tersebut, tak dapat dinafikan bukan senang nak dapat sokongan selama tuh. Namun tak pasti pula dengan pencapaian organisasi tuh sebagaimana kecemerlangan si pemimpin itu mengekalkan jawatannya bagi suatu tempoh yang panjang. Read more

Kehidupan

Draf

Kadang-kala blog ditulis untuk meluahkan apa yang dirasa, apa yang difikir yang mana rasa ingin berkongsi dengan orang lain. Dipertengahan penulisan, mungkin dirasakan apa yang ditulis hanya sesuai untuk diri sendiri saja.

Kehidupan

Komputer Peribadi

Kami sekeluarga mula dapat merasai komputer sendiri pada pertengahan tahun 1997, sebuah komputer tak berjenama dan popular dipanggil sebagai komputer klon. Dibeli dari seorang anak kenalan/jiran kat taman aku. Harga hampir RM 4000 kalau tak salah, pak guna duit jual tanah yang kerajaan ambil untuk buat laluan gas.waktu depa mai hantaq pergh rasa best ja kagum tengok komputer baru. walau pun skrin kecik ja

Windows 95 waktu kira gempak la harddisk tak sampai kot 1gigabyte dalam berapa ratus megabait ja. kalau boleh rasa balik macam mana rasa seronoknya ketika tuh fuh…, mana tak nya rumah dah ada komputer sendiri tak gaduh nak pi rumah member kalau nak main game ka. Siap lam kepala nak blajar macam mana nak install game red alert dan fifa waktu tuh.

Namun hari tuh impian hampir lebur bila mana lepas ja penjual pc balik lam waktu senja tuh, pc dah mula problem. Main dalam 15 minit ke setengah jam pc restart balik. Huh jadi berkali-kali, panggil penjual tuh mai tak pulak jadi. Macam tak selesai, pastu chop penjual tuh tipu. dah la jual mahai bagi barang rosak. Waktu tuh ambil keputusan bawak pi salah sebuah kedai terawal kat perlis waktu tuh ada 2 kedai ja, dimana satu hat melayu satu lagi hat cina ja. Pi kedai melayu dia suruh tukar semua sebab pc yang kami ada masalah. Dari intel kepada cyric jenis prosesornya. Boleh la pakai tapi slow and lembab la.

Setelah bertahun, bukak kedai sendiri baru tau yang masalah aku pada zaman tuh adalah hanya masalah powersupply yang rosak. penjual yang pertama mungkin dia baru bukak kedai pc dan takda pengalaman waktu tuh maka dia gagal untuk selesaikan dia. penjual kedua yang bantu baiki tidak jujur dalam berniaga sebab tuh kedai dia idup sat saja, rosak benda lain tapi perbaik benda lain. so at the end kedua kedai tutup.

Hikmahnya, ilmu perbaiki pc yang aku dapat hasil dari kesilapan dulu. Dan satu lagi satu kalau nak berniaga kena jujur.

Nota Kaki : Bergambar bersama komputer baru waktu tuh

Kehidupan

Gambar Digital, Apa Kaedah Terbaik Penyimpanan?

Salam,

Pada satu ketika bila mana terjadi kejadian yang kita tidak ingini, sepertimana yang terjadi kepada keluarga aku pada bulan november lalu, maka mungkin ketika itu kita akan mengumpulkan segala gambar yang mengandung momen momen bersama orang yang kita sayangi untuk disimpan sebagai kenang kenangan. Namun bila dalam dunia digital ini, seringkali kita hanya menangkap gambar dan disimpankan dalam phone atau kamera digital sahaja.

Apa yang terjadi kepada aku adalah ketika proses untuk mengumpulkan semua gambar dan momen bersama adik aku barulah aku sedar bahawa semua fail yang mengandungi gambar telah tiada dalam laptop mahupun komputer dirumah. maka ketika itulah akan terbit rasa menyesal yang amat dimana momen yang berlaku takkan berulang kembali. Jika seperti dulu kala boleh kita cari negetif filem dan buat cetakan semula. Jika digital dimana kita oleh simpan tanpa menghilangkannya. Thumb Drive pon selalu hilang. Read more

Di pagi Jumaat

Assalamualaikum

Harini jumaat, sepanjang memandu dari rumah hantar anak hingga ke pejabat, suasana dan cuaca cerah, teringat Jumaat yang pernah dilalui dulu. Semua kenangan cerita hari itu bagai dok rewind balik dalam kepala. Dari pagi, tunggu dia mandi dan siap, dia follow belakang kereta. Cuaca pada waktu tuh memang cerah sebegini. Al-fatihah