Kehidupan

10 Tahun disini

Isnin 3 Oktober 2005 kembali ke perlis, semangat membara-bara dapat kerja berjawatan tetap setelah hampir 1 tahun setengah membawa jawatan kontrak yang boleh terputus bila bila masa. Walaupun bila tiba tempat kerja baru ni takla kelihatan tempat sebelum ini, tapi dah cukup best kot. mungkin sebab utamanya status tetap tuh.

3 Oktober 2015, rupanya dah 10 tahun benda tuh lepas, ini membawa maksud ada 20 tahun lagi untuk service kat sini insyallah.

Kehidupan

Transaksi Wang Keluar Disekat?

Kini untuk membuat transaksi wang keluar negara melalui debit kad ke sistem seperti paypal perlu mendapat kebenaran bank negara? Harini saya baru mengemaskini akaun paypal dan mengubah akaun debit kad saya dari akaun lama ke akaun baru. Mengejutkan apabila aktiviti ini telah disekat.

Dari perbualan telefon dengan pegawai khidmat pelanggan bank yang saya gunakan, dia memaklumkan kini setiap transaksi wang ke luar perlu mendapatkan kebenaran. Jika saya nak buat juga, akaun saya boleh dibuka untuk digunakan, namun ianya atas tanggungjawab saya sendiri.

Mungkin dengan suasana muram ekonomi, ini merupakan salah satu mekanisme bagi memastikan kesejahteran kepada negara…nilai duit semakin lemah dan urus tadbir kian parah….

Apapun sebagai informasi untuk berjaga jaga dalam pembelian atas talian kita perlu ikut garispanduan langkah transaksi atas talian yang telah dikeluarkan oleh KPDNKK

Kehidupan

Ramadhan 1436 Terlalu Banyak Yang Dirindui

Salam ramadhan, alhamdulillah dah masuk fasa seterusnya berpuasa pada tahun ini, moga semua dapat buat yang terbaik. Tahun ni berbeza kat aku dan mungkin juga sedara-sedara aku. Tiada lagi bau ikan masin kat rumah, riuh rendah nak hantaq kuih, sapa nak pi hantaq pasang meja. Mak dengan pak tahun ni hanya bercuti tak meniaga.

Dulu dulu time bulan puasa macam ni, teringat masa kami adik beradik sekolah masa bulan posa la buleh buat duit poket banyak banyak. Aku tolak meja pi pasang kat tapak pasar malam. Ingat lagi troli tuh kami namakan kancil haha sempena perodua kancil yang popular waktu tuh.Sekali tolak kot RM5

Bila dapat lesen moto angkut kuih dengan moto dengan adik adik aku bantu pegang orang belah kami kata kilik kiri kanan. Belah malam takeover kerja pak aku pi beli barang nak meniaga dekat kedai yohin, bila teringat penuh raga moto, pastu dengan dua belah tangan mak aku pon penuh dengan barangan kelengkapan nak meniaga esok harinya. Bila terpikir balik, Kuatnya tangan mak, berat jugak barang dia kena pegang. Plak tuh jauh oo kangar ngan jawi.

Dengan moto yamaha 100sport tuh la bawa mak pi cari daun maru (untuk bungkus tapai), pi market pagi pagi. Read more

Kehidupan

Terlalu Lama

Terpandang disatu persimpangan satu banner sokongan kepada seorang pemimpin sebuah organisasi. Banner tersebut sebagai ucapan tahniah diatas kemampuan pemimpin tersebut dalam menerajui organisasi bagi penggal yang baru. Kalau itu jumlah tahun tuh dah lama jugak la si pemimpin ini menerajui organisasi tersebut.

Terasa bangga juga kerana kehebatan bagi mengekalkan jawatan tersebut, tak dapat dinafikan bukan senang nak dapat sokongan selama tuh. Namun tak pasti pula dengan pencapaian organisasi tuh sebagaimana kecemerlangan si pemimpin itu mengekalkan jawatannya bagi suatu tempoh yang panjang. Read more