Isu Semasa, Personal Financing

Dividen dan Bonus Tabung Haji 2016

Jumaat yang barakah hari ini dimulakan dengan pengumuman dividen dan bonus tabung haji 2016. Alhamdulillah pelaburan tahun ini masih mencatatkan keuntungan, namun masih konsisten kejatuhannya. Dengan keuntungan dividen telah menyusut dari  4.25 sen seunit dan bonus bagi penyimpan yang masih belum menunaikan haji sebanyak 1.5 sen seunit.

Ini pasti menyaksikan pelbagai reaksi dari seluruh masyarakat mengapa kian lama kian sikit pulangan pelaburannya. Ini setelah pelaburan di ASNB pon tahun ini terus menyusut. Mungkin banyak yang lebur berbanding labur. Dimanakah turning point untuk pelaburan pelaburan ini kembali ke trek asal untuk kembali menyuburkan pelaburan rakyat marhaen ini.

Subsidi dah dibuang, GST dah ditambah, caj perkhidmatan ditambah mana mungkin ekonomi kita masih belum kukuh?

Isu Semasa

Urusan Jual Beli siapa lagi bijak

4d4274826bab6a623696f27bd756a579

RM1 nilai terendah yang diperolehi oleh Perdana Menteri Malaysia bagi seekor ayam. Tak tahu ayam proses ka ayam tak proses. Nilai ini ditawarkan bagi 1000 ekor ayam saja dengan syarat syarat tertentu. Mungkin ketika PM pi dan beli, nilai itu diberikan tanpa sebarang syarat. Ini bersempena pelancaran anugerah harga patut 2014, 2 hari lalu.

Pendapat saya apa yang cuba dihighlightkan terlalu jauh dari sasaran, RM1 bukan satu nilai yang tepat bagi seekor ayam. Gimik “jangan mengadu harga barang naik, kerana kamu mempunyai pilihan” untuk menarik perhatian akhirnya sekalilagi dijadikan bahan senda gurau dikedai kopi saja. Mungkin ada juga dikalangan rakyat terluka dengan kata-kata sebegini. Read more

Artikel Sinar Harian : Di mana letaknya maruah kita?

MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

RIDHUAN TEE ABDULLAH

27 Januari 2014
 Sinar Harian
Isu Semasa

Laporan Dividen ASB Mengelirukan

Entah mengapa hari ni rajin benar nak check keuntungan ASB. Mungkin sebab  terbaca dalam beberapa laman web yang menyiarkan tentang keraguan mengenai pelaburan ASB yang mana tidak mengikut syarat-syarat bagi pelaburan secara islamic. Bukan itu isunya , sebab dah banyak tempat membincangkan isu ni sekian lama. Tapi isu pokok ialah mengenai laporan Pengagihan Pendapatan dan Bonus yang mengelirukan yang telah dikeluarkan baru-baru ini.

asb1Secara kasarnya mengikut edaran untuk siaran, tahun ini PNB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB). Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM9.38 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 17.4% berbanding dengan RM7.99 bilion yang dibayar pada tahun 2012. Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM706.88 juta, iaitu peningkatan sebanyak 3.84% berbanding dengan RM680.73 juta yang dibayar pada tahun 2012 oleh PNB. Read more