Gadget

Pandang Pertama OS X Yosemite

Dari marverick yang cantik dan features yang menarik, muncul si Yosemite dengan tagline menggoda ” everi bit powerful as it looks”.  Download file sebesar 5GB dengan menggunakan perkhidmatan streamyx 1.0mb ianya mengambil masa yang amat panjang. Mungkin kini fokus kepada pengguna streamyx bukan lagi kepada keutamaan syarikat pengendalinya. Selepas lebih 14 jam memuatturun maka lengkaplah keperluan untuk menaiktaraf dari marvericks ke Yosemite. Yosemite mengambil nama sempena sebuah taman negara. Perubahan dari segi display adalah penukaran ikon, font dan skema warna.

Screen Shot 2014-10-24 at 12.56.47 AM

Seriusnya macam kembali ke zaman dulu-dulu, kurang menarik sangat, features kedua menjawab telefon dan menelefon dengan menggunakan komputer dan iphone memang sangat menarik dan kita perlu mengkonfigurasi nya di facetime. Apapun dah dua hari pakai masih belum berjaya menelefon dan mengsmskan dengan menggunakan komputer.

Dari segi program-program yang lalu separate office, adobe photoshop dapat berfungsi dungeon baik. Tidal separate marvericks yang lalu dimana software office powerpoint aku bermasalah selepas diupgradekan. Bila dicuba memang takda masalah. so tak perlu untuk aku cari cara nak perbaiki software yang tak berapa nak origanal tuh.

So untuk yosemite masih banyak nak explorer tapi, dok rasa kalau ikut spesifikasi mungkin inilah osx terakhir akan boleh diupgrade of macbook  air aku…

Gadget

Awas Pengguna Android : Trojan Zeus Menyerang

zeus

Amaran MyCert kepada semua jabatan kerajaan dan pengguna sistem perbankan atas talian melalui mobile telah dinasihat untuk berhati hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana serangan Malware  Zeus di dalam mobile dari keluarga trojan Zeus. Serangan ini sangat cerdik ketika hujung bulan ketika semua orang menunggu untuk mendapat gaji dan menyelesiakan hutang yang setinggi gunung itu. Target utama pengguna maybank2u dan cimbclicks

Siapa dan sistem macam mana yang sangat berisiko?

  • Laman Web/Portal yang menggunakan nombor pengesahan transaksi mudah alih (mTAN).
  • Peranti telefon mudah alih yang menggunakan Android.
  • Sistem operasi Windows yang terdedah (vulnerable) dan unpatched.

Bagaimana dia menyerang?

Penyerang akan menjangkiti komputer mangsa dengan Zeus Banking Malware akan menyuntik pengubahsuaian kandungan palsu atau halaman ketika seseorang pengguna melayari laman web perbankan dalam talian yang sah.

Kesan serangan? Read more

Gadget

Winamp bukan sesuatu yang asing sejak dari tahun 1997 lagi, player mp3 yang terbaik. Boleh dikatakan setiap orang pernah install software ni dalam computer mereka. Bagi aku ini merupakan satu lagi benda nostalgia yang akan jadi kenangan selepas penutupan web geocities. Winamp bakal ditutup oleh pemiliknya AOL. Ini boleh kita tengok diwebsite winamp yang mengeluarkan kenyataan mereka yang memaklumkan selepas 20 Dec tiada lagi winamp.

[blockquote source=”winamp.com”]Winamp.com and associated web services will no longer be available past December 20, 2013. Additionally, Winamp Media players will no longer be available for download. Please download the latest version before that date. See release notes for latest improvements to this last release.
Thanks for supporting the Winamp community for over 15 years.[/blockquote]

 

 

Belilah Yang Origanal

20131111-165006.jpg

Mungkin inilah saranan dari Apple Inc dimana semua pengguna digalakkan untuk mendapat barangan origanal dari mereka. Sebenarnya aku baru perasan bila beli satu wayar usb yang cadangnya nak diletakkan dalam kereta bagi memudahkan untuk mengecas.

Tapi bila pasang keluar notifikasi yang memaklumkan kabel ini tak certified dan tak boleh berfungsi untuk iphone yang aku guna. Bila google , baru tau sebenarnya ada kes yang melibatkan penggunaan kabel yang tidak origanal yang menyebabkan kecederaan kepada pengguna apple yang bersikap jimat cermat macam aku. Berita mengenai kemalangan akibat kabel tak origanal boleh baca kat sini.

Updates : Rugi RM 20 aku takbleh pakai gak