Lappy Terkena Malware

Terkejut aku weh, sejak bila aku pasang security shield ni. Ini pastinya malware yang cuba membuat onar dalam lappy aku.  siap keluar pelbagai arahan macam menunjukkan lappy aku sangat kritikal. Bagi semua pengguna kot kot terkena macam aku cuba la search kaedah nak menguninstallkan benda haram ni.

Percubaan Menjadi

At last post aku mengenai keputusan untuk kembali menjilat untuk meletakkan kembali ilkan nuffnang dalam blog aku dan mencuba teknik-teknik blogger lain yang pernah bagi info tentang tips nak bagi naikkan potensi dapat duit. Nampaknya percubaan hanya muncul 9 hari selepas iklan dipasangkan kembali.

Hari ni aku baru teringat nak buka…tertengok 7 campaign ada dari 2 oktober herrmmmmm….campaign jerr bleh kata berjaya ka?

Blog

Kembali Menjilat? Iklan Nuffnang Kembali

Setelah berfikir sejenak, menganalisis keputusan untuk menTiada lagi iklan Nuffnang maka aku kembali menjilat dan menelan keputusan yang pernah dibuat. Laman web ini akan kembali dihiasi dengan iklan dari Nuffnang. Bila berjalan-jalan mengelilingi dunia maya ini aku jumpa pelbagai jenis pendapat dan kaedah yang dipraktikkan. Adakah ianya sekadar cerita kedai kopi yang mampu membesarkan satu topik walaupun ianya hanya sebesar cawan kopi sahaja. Read more

Blog, Pandangan

Ikhlas Ke

Daripada pemerhatian aku, salah satu cara bagi meningkatkan trafik ke laman blog kita, adalah dengan membuat hebahan diblog seperti gengblogger.com yang merupakan satu jaringan sosial bagi penulis-penulis blog.

Mau atau tidak pastinya kita akan memperoleh sekurang-kurangnya 10 orang pengunjung ke laman blog kita dengan menggunakan gengblogger.com. Jumlah ini mungkin lebih mengikut gaya penulisan kita, cara kita presentkannya dan topik yang menarik. Namun kalau kita selalu pos ke gengblogger sahaja sambil mengharapkan pembaca yang berlainan untuk masuk ke web kita adalah amat merugikan.

Ini menunjukkan bahawa topik atau gaya penulisan kita masih lagi tidak dapat menarik pelawat yang recurring ke laman blog/website kita. Ini aku alaminya tapi bagi aku ianya tidaklah sesuatu yang membimbangkan kerana apa yang aku buat hanyalah untuk bersuka suki sahaja, melepaskan apa yang terlintas. Namun bagi sesetengah orang, mereka mempunyai hajat untuk menulis kerana duit maka mereka terpaksa menggunakan pelbagai kaedah selain dari mepingkan di gengblogger sahaja termasuk satu kaedah yang amat menjengkelkan bagi aku. Read more