Blog

Keeping It Simple

KEEPITSIMPLEAntara design cantik dan kena dengan jiwa aku yang pernah aku jumpa dijabatan-jabatan kerajaan adalah design dari UNIMAS. Presentation simple kemas dan minimal. Berbanding di jabatan lain yang formatnya masih dibelenggu dengan serabut dan kerawang yang memenuhi kehendak jiwa remaja purba tahun 70-an dan 80-an.

Bagi aku, kita masih lagi belum berani mencuba sesuatu yang baru, dan masih lagi terbelenggu dengan format-format yang mengikat kita dari berinovasi dan bereksperimentasi dengan hasil kerja kita. Ini terbukti bila mana kita diperkenalkan dengan sesuatu yang baru, kita terlalu defensif untuk berubah.

Blog

Kena Ceroboh?

Sejak kebelakangan ni rasa pelik menjelma kala mana nak login ke administraor begitu lembab sekali dan didapati user tak boleh akses pages. Macam macam cara cuba diatasinya. Sampaikan delete habis semua plugins dan theme. Settle tuh upload semula.

Satu benda pelik berlaku dimana wujud pop-up. huh check balik satu persatu semua plugins dan theme semua yang baru. Kemudian tergerak hati nak chck user. apa bila dibuka……

Untitled-2Siapa oliviak? adakah dia ni penpal aku, atau awekku mahupun ……

setahu aku takda orang lain selain aku, tapi apa motif dia, nak hack atau nak crack web aku, atau saja test power huh.

Belajar untuk trim pokok hiasan

Assalamualaikum dan salam aidilfitri, minggu ni masih bercuti sempena hari raya, seminggu hentam seperti orang yang mempunyai kampung yang sangat jauh. Apa pun bila cuti yang panjang mulalah nak buat project macam macam. Nak buat wardrobe bagi tudung kedai sendiri, nak cari tempat simpan kasut dan yang paling penting adalah untuk trim pokok hiasan kat depan rumah aku ni.

Untitled-1Pokok ni ditanam oleh pemaju, mungkin salah satu requirement bagi majlis bandaran. Masa kecik sangat comel. Tapi bila dag besar makin susah nak jaga pokok ni. Mulanya ingat senang nak buat bentuk. Pi beli kat kedai hardware beli gunting pokok ja. Bila panjat atas baru tau yang pokok ni dah mempunyai batang yang kuat. Dan tak boleh potong pakai gunting ja. Read more

Statistik Azamrashid.com 2012

Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2012, terlalu banyak yang berlaku kepada diri aku, mungkin ada yang aku tulis mungkin ada yang tidak dan hanya tersimpan kemas dalam minda sebagai kenangan. Namun begitu aku hanya Sekadar berkongsi maklumat mengenai laman web ini sepanjang 2012, pagerank bagi azamrashid.com hanyalah pada 2/10 sahaja dan di alexa rank pula 2,634,074.  Setakat tarikh hari ini, 31 Januari 2012. Namun pagerank adalah satu data yang dinamik sentiasa berubah-ubah.

statistik

Bagi kehadiran pengunjung pula, laman ini mencatatkan kunjungan sebanyak 16,813 orang pengunjung berbanding hanya 5,526 orang pengujung pada tahun sebelumnya. Keyword yang sering menjadi modal untuk mengumpan pengunjung ke laman web ni adalah keyword dapur dan kabinet. Keyword ini menjuruskan kepada post aku bertajuk Home Sweet Home #3 : Kabinet Dapur.

Pada tahun ni juga aku menerbitkan 66 post dari Januari 2012 hingga ke post ini pada akhir Disember 2012, tidak termasuk 4 post yang dalam draft la. Ini bermakna setiap bulan aku menerbitkan 5.5 buah post untuk laman web azamrashid.com. Post terakhir pada tahun 2012 adalah Statistik Azamrashid.com.

Apapun terasa makin cepat masa berlalu, esok dah ubah kalender baru. Harapnya tahun depan makin bertambah maju dan lebih baik dari tahun ini. Tahun depan merupakan tahun ke 8 aku tulis blog dan tahun ke 6 domain ini wujud.