Pandangan

Baru Gua Perasan Sebab Apa Gua Niaga Tak Untung

Dulu selalu ja dengaq mak aku dok berleter dan bagi nasihat supaya mengaji pandai pandai. Dia kata kat kami semua yang depa takda harta ismet ulam raja, depa bela guna duit gaji pak dan hasil jual kuih rm 0.20. Mak dengan pak bela kami dengan hasil makan gaji dan jual kuih. Pak aku kerja makan gaji pangkat cucuk padi dan mak aku memulakan keriernya pada tahun sekitar 86-87 sebagai peniaga kuih. Maybe ketika nih mak nak bagi senang sikit sebab nak bela 6 orang adik beradik aku. Alhamdulillah rezeki depa boleh besaqkan kami sampai apa yang kami capai sekarang.

Mak aku berniaga dengan konsep yang simple ja tak pakai teori yang bombastik sangat, ya bila pi kursus cikgu jutawan jutawan tuh depa akan sebut ciri-ciri peniaga macam mak aku ni yang mana dari segi teorinya peniaga macam mak aku ni takkan capai maksimum keuntungan, Cikgu jutawan jutawan ni memang depa hebat mengaji pandai, mengkaji level dewataraya, pangkat dinama sahaja jika mahu disebut boleh habis secawan kopi sebelum sampai ke nama sebenar depa.

Aku pon cuba menjadi macam depa, tuntut ilmu kot mana tau aku akan jadi jutawan macam depa, nama gelaran panjang berjela cincin penuh dijari…. apa barang meniaga macam mak aku kuih harga dua kupang, tolong jual kuih orang amik kamsin (komisyen) 0.25 bagi setiap RM 1. Bila mau kaya la. Serius aku memang kagum tengok depa punya pencapaian anugerah sana anugerah sini, kalau piala depa dapat betui salut gold pergghhhhhh kaya dowh. Pendapat depa jadi rujukan paper paper, majalah majalah. Fuh memang admire la kat depa, tambah kalau depa bentang business canvas depa fuhh cair cair.

But bila dari masa ke masa aku dalami betui betui depa ni baru aku perasan depa ni tak berniaga pun. Kalau pernah berniaga pon umpama tak terjun pon ke dalam kolam, depa main kat gigi air ja. Apa yang diceritakan tuh pon teori ja berdasarkan pemerhatian dan kajian depa. Yang betui betui depa berniaga jual air liur.

Aku ikut nasihat depa bila berniaga dan at the end makan modai masa, tenaga dan modai habis begitu sahaja.

Aku kaji balik apa kelemahan yang ada dan aku jumpa. Satu adalah penetapan harga produk, adakah harga yang aku letak tuh harga yang kompetitif. kadang kala kita anggap harga yang kompetetif tuh harga yang murah dari lawan kita. Pasai apa letak murah, nak bagi orang mai kat kita. Pastu 3 hari berniaga gaji cashier pon tak leh bayaq. Harga kompetitif ni jugak bukan kita letak macam harga yahudi, boleh untung pi haji balik hari. Penetapan harga bagi aku patut kita pertimbangkan semua sudut sebelum letak harga.

Kedua pengurusan stok dan inventori kita perlu tepat, kita kena tau jumlah stok yang kita ada, fast atau slow moving sesuatu stok tuh. Ini bagi memastikan stok dan inventori kita boleh menghasilkan keuntungan bukan liability kepada kita. Kadang kala aku ni lemah jugak terlalu berharap, buat kerja tiada sistem bila kita tanya pekerja A bagi jumlah lain, bila tanya pekerja B dia bagi jawapan lain. so bila kita takda data macam mana nak untung.

Mak aku walaupun takda sistem inventori ka sistem POS ka, dia tau berapa stok yang ada dalam simpanan dan bila nak buat pembelian. Bagi dia data tuh penting sebab dia ada target sales. Dengan tuh dia tau berapa dia boleh buat untung.

Ketiga terlalu banyak liability, sebab apa terjadi sebab kadang kala untuk tujuan marketing kita laburkan kat tempat tak betui, tak fully gunakan sumber yang ada tambahan ia terus jadi overhead kita secara bulanan. Tapi dah cikgu jutawan kata laburlah kita pon dengaq yang mana akhirnya kita rugi. Modal hancur.

Tujuan penulisan ini untuk burukan cikgu jutawan ka? tak aih saja nak tulis remimd diri sendiri

Share this Story
Load More Related Articles
Load More By ajamz
Load More In Pandangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Bila Tengok Fans EPL Masuk Stadium Ramai Terangsang..

Ramai hari ni tweet mengenai stadium old trafford ...