Eat more, play more, learn more :P
Kehidupan

3 Jenis Font Dalam Whatsapp

Dengan mengemaskini whatsapp terbaru baru saya perasan (sebelum ni just update ja). Aplikasi Whatsapp kini boleh menghasilkan font yang menarik. Terdapat 3 jenis font yang boleh digunakan iaitu

    • Bold

Caranya : taip letakkan star seperti ini*Bold*

    • Italics

Caranya : taip letakkan _ seperti ini_Italics_

    • Understrike

Caranya : taip letakkan ~seperti ini  ~Understrike~

Tapi hanya untuk yang upgrade ye, yang pakai whatsapp +++ teruskan bersembunyi.

Kerja

Bila Di Penghujung Jalan

Bila bangun pagi ni, terasa sayu dalam hati. Tak pasti sebab apa, mungkin teringat pada yang dah tiada. Rindu sangat menebal, Jumaat yang sangat diingati..

Harini bila masuk pejabat tengok semua berkumpul kat tengah pejabat dan sedang dengar butiran yang bos cakapkan. Nasihat dan cerita tentang kesihatan dia. Mungkin harini, secara tak rasmi merupakan hari last dia sebagai bos ditempat kerja aku sebab lepas ini dia akan bercuti. Read more

Pandangan

Succession Planning Di IPTA Malaysia Sekadar Retorik?

8 hari lepas, ada saya buat kenyataan dalam sebuah group whatsapp kawan-kawan sekerja. Saya mempertikaikan tentang kelayakan kami semua untuk dinaikkan pangkat melalui kaedah fleksi. Ada yang tersinggung, dan saya yakin ramai dalam tuh tidak bersetuju dengan saya. Mereka mula menjauhi, tak mengapa bagi saya suatu statement (kenyataan) yang dikeluarkan oleh seseorang individu akan dihakimi dengan kaedah berbeza umpama melihat air dalam gelas yang separuh penuh.

Pada awal 2010 saya berpeluang untuk menghadiri satu bengkel yang diadakan oleh majlis persatuan akademik dikawasan pembukitan , dalam perbincangan itu banyak berkisar tentang kemajuan kerjaya ahli akademik dan masalah yang menyebabkan kerjaya mereka tersekat. Antara isu adalah cuba memperbaiki tangga gaji mereka, ahli akademik yang hanya selesa di gred yang sama dan masalah yang menyebabkan kerjaya mereka tersekat dan  amat diingati hingga kini. Pentadbiran yang tidak cekap dan kompeten yang mana menjurus kepada Pendaftar , dalam menjalankan tugas dan tidak memahami tugas & bebanan seorang pensyarah.

Maka antara usul ketika itu, mencadangkan agar jawatan hakiki tertinggi dalam pentadbiran perlu dibuka kepada golongan akademik kerana akademik lebih memahami kerjaya ahli akademik berbanding pendaftar dari golongan pentadbir. Dengan mengambil contoh dari sebuah universiti bagi meyakinkan jawatan pendaftar dilantik dikalangan akademik ianya tak mustahil dilaksanakan. Bengkel tak dapat nak dihabiskan, kerana tak tahan dek melihat pentadbir dilukis dan diwarnakan dengan cerita yang menunjukkan pentadbir di semua IPTA tidak kompeten dan lekeh. Hanya level pencatat minit sahaja. Read more

Kehidupan

Tunjuk Kuasa Tak Bertempat

Dalam suasana kerja yang macam macam, kita kena pandai tolak ansur dengan memahami situasi. Nak memahami situasi sebenarnya tak boleh dari segi teori saja, kita kena buat, alami dan rasai. Baru la kita mudah paham.

Bila kita dah lama dan lebih tinggi pangkatnya usah la kita riak hebat dan takabur sangat, tak perlu tunjuk hebatnya kita berkuasa menentukan boleh atau tak, takda sapa nak respek pon orang nak selesaikan kerja ja.

Kena pandai bertempat dan bodoh bersebab la, nasihat saya kepada saya yang sering terlupa

Kehidupan

Kerana Takutkan Hantu

Pelikkan bila difikirkan bila mana kita terlalu takutkan hantu, sehingga kita buat apa yang tidak sepatutnya. Sedangkan kita tahu dunia antara kita sangat berbeza, dimensinya berlainan. Tapi manusia masih takutkan hantu, tanpa menggunakan kelebihan kita sebagai khalifah.

Kadang kala jangan kita jadikan hantu sebagai alasan untuk kita mengelak sesuatu yang sepatutnya kita hadapi. Dunia semakin hebat, data mudah diakses, hantu pon boleh dikesan tanpa perlu menunggu bulu roma mencering naik. tapi manusia masih takut.

Pelik….