Aku sebenaqnya konfius mengenai internet ini, betui ka dia mempunyai kuasa yang luar biasa dalam memberikan kita dapat duit yang mudah. Dengaq macam macam jutawan dari marikh la, jutawan senyap la, jutawan internet la. Huh bukan Swisscash tapi dengan hanya berblogging. Dengan menyediakan sedikit ruang untuk pengiklan mengiklankan produk mereka kita boleh memperoleh pendapatan mudah. Tanpa peluh dan tanpa kos yang besar terutamanya bloggers yang gunakan platform yang free seperti blogspot, dan wodpress.
Teruja tengok seorang blogger yang menceritakan dia dapat earning dari nuffnang dan terus aja aku buka account aku, Huh baru dapat berapa ringgit ja hahaha takpala rezeki banyak tuh. Kadang-kadang aku berangan juga kalau setiap bulan aku bleh RM 150 dari blog. Kalau dihitung dah berapa setahun RM1800 kan? dah bleh bayar PTPTN dah hahaha. Dah buleh beli Blackberry Bold II dah hehe.
Banyak member aku dok tanya mengapa seminggu 2 nih aku dok gila blackberry nih, ala bukan apa aku nak surf mudah ja bila masa dan dimana jua hehe. Biasala bila kita gi audit safety kengkadang banyak benda yang kita lupa dan taktau so dengan ada akses mudah akan memudahkan lagi kerja aku sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam safety issue ni. Saya budak baru blajarkan.
So memandangkan aku perlukan gadget yang baru , mulai hari ini aku akan cuba dapatkan duit dari internet. At least sebulan RM 50 jadi la kan
Cakap banyak pon tak guna, komplen pon buat apa lagi, iklan dah tunjuk kita rugi banyak mana , kesan kencing manis pon kita didedahkan. So kurangkan berjalan-jalan, jimat cermat dan bak kata perdana menteri biar miskin harta jangan miskin jiwa. Nak naik minyak banyak mana pon naik la, kita bukan naif tentang ekonomi, yang pasti harga minyak negara kita terendah sekali.
Sebagai rakyat bertanggungjawab kita kena buat budget betul-betul, supaya tak miss makan ye, banyakkan duduk rumah, makan kat rumah tanam sayur dan beli basikal untuk ke tempat kerja
Namun semakin lama diamati konsep yang diperkenalkan tuh betul-betul untuk semua ataupun hanya untuk 1 pihak saja. Pengalaman aku pi satu shopping mall kat kl baru-baru ni agak memeranjatkan dan menterkejutkan aku dengan sikap disatu pihak tersebut. Mungkin dah wujud kasta hanya pihak tersebut merasakan diri mereka mempunyai kasta tertinggi berbanding pihak yang lain.
Mungkin orang lain lebih perit dari aku, dari sumber yang terdekat menceritakan kisah seorang graduan telah berjaya dalam interview namun oleh kerana kouta untuk pihak kita telah penuh maka graduan itu disingkirkan. Banyak kisah lagi yang aku dengaq yang menyebabkan aku mula terfikir 1 itu untuk siapa. Jika untuk semua alhamdulillah, namun jika 1 satu pihak saja sesuatu perlu diperbetulkan. Konsep 1 halatuju perlu diperindahkan
“Jom kul 3.30 kita pi melawat dan sedia semua keperluan”- AR pada jam 3.15 minit.
Jam la 3.39 petang batang hidung pun tak nampak. Hmmm mungkin aku cakap tamil kot tadi
Lip pok lip pok dah ujung bulan julai dah…waaaa camna mati aku..
semua benda belum sedia lagi
depa makin laju
aku …..
Nah amik kau, paul octopus 100% teka tepat bila mana semalam spain jadi champion piala dunia. Awas amaran kepada semua muslim, mufti johor dah keluarkan ingatan semula bahawa percaya kepada ramalan bola sepak adalah haram begitu juga dengan pertaruhan. Pastinya si sotong ni akan diidamkan untuk dijadikan lauk sambal sotong campur petai oleh penyokong pasukan belanda.
Aku sokong sapa? Spain la. Tak percaya tengok facebook gua la….Tapi first game ari tuh goyang jugak bila si matador nih kalah ngan team cikai


