Tepat jam 10.10 pagi 28 Julai 2010 maka berakhir sudah tanggungjawab aku sebagai salah seorang JKKK ops AJK dalam kelab kebajikan tempat aku kerja. Banyak benda aku jumpa sepanjang jadi AJK sukarela ni, ada yang best, ada yang mencabar kesabaran dan ada yang sangat disukai. Biasala mana-mana tempat pon kita takleh anggap semua perfect. Masing-masing ada kelemahan kan begitu jugak saya ni, kepada semua rakan saya ucapkan terima kasih kerana bantu saya dan kawan-kawan lain dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan.
Mohon maaf kepada semua sepanjang saya dok berkhidmat, kot-kot terasa hati lawak, kata-kata mahupun tulisan saya yang menyentap haha perasaan semua. Kepada semua kengkawan baru dilantik tahniahhhhh…..all the best.
p/s Gambar kat atas sebagai kenang kenangan untuk anak cucu haha
Biar betul dari 2,360 buah hotel hanya 32 ja yang ada sijil halal jakim huh. Mula aku tak percaya bila tengok lam kosmo ni. Hotel yang selalu aku pi masa outstation ngan wat kursus pon takda dalam senarai. Tadi aku check lam Halal Jakim semua ada 67 buah yakni termasuk restoran yang ada dalam hotel la.
Hrmm susah ka sedia makanan halal di negara islam ni ha?
Pagi tadi terbaca paper online di berita harian mengenai kejayaan Jabatan Imigresen Malaysia kerana berjaya membongkarkan dan menyelamat minah indon yang dikurung di Taman Perlis. Kalau tak salah aku suspek ni memang lama dah orang kat belah perlis ni komplen tentang dia nih sebab menipu.
kakak aku pon pernah buat report tapi takda apa tindakan, mungkin dia pakai ilmu kebal kot. tapi sekebal mana pun akhirnya tertangkap jua, tahniah la pihak berkuasa ku yang jujur ihklas dalam menjalankan tanggungjawab. Haha tapi bulan puasa dan hari raya nih takda la nak guna indon untuk bantu cuci rumah la. Oh ya kalau hangpa nak baca pi la kat sini.
Satu lagi kredit kepada pihak berkuasa tempatanku yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas mereka dengan menyerbu pusat karaoke yang ada kat negeri tercinta aku ini. Bukan apa sejak kebelakangan ini aku tengok kat negeri aku ni banyak sangat pusat hiburan karaoke ni, bukan anti tapi takut isu sosial macam kat danok terjadi kat negeri ni. Selain itu juga harap pihak berkuasa tempatan ni pantau selalu la, kita perlis ni kecik ja kalau pusat karaoke ni dah sama banyak dengan masjid susah juga. Kot-kot satgi depa kata negeri kita ni little danok plak.
Cuma terfikir dengan satu cadangan kerajaan melaka untuk mewujudkan sekolah pelajar hamil, adakah satu peluang kedua untuk pelajar kembali ke jalan yang benar atau peluang untuk melakukan zina?
p/s : isnin yang mencabar – cabaran malas – cabaran menyelesaikan kerja -cabaran kesabaran
Setelah hampir 6 bulan dengan tema yang sama kini masa untuk aku tukar bagi suasana yang lebih segar. Punca tukar nih sebab nak cari idea untuk buat website pelanggan. Masih takda idea nak buat. Kerja office pon makin suntuk, haha amik hang dok tangguh lagi kerja.
Minggu nih kali pertama selepas hampir 12 tahun tak masuk treasure hunt, maka kali ini aku mencuba nasib bersama geng office untuk menjadi pencari harta karun yang berjaya. Tapi apa akan dayaku pengalaman yang kurang menyebabkan team kami kena penalti banyak jugak. Mungkin sebab pengajur dengki sebab kami kacak hahaha takdala melawak kengkawan ja.
Minggu depan banyak benda kena susun first kena siapkan paperwork untuk training, kedua kena buat mesyuarat agung kelab kakitangan, ketiga kena settle OHSAS punya masalah, keempat 5s, kelima SKT dan juga risalah kesihatan, dan keenam settlekan pelanggan aku. Hope aku bleh settlekan semua dengan jayanya.
Tak di nafikan sejak dari minggu lepas nafsu serakah untuk membeli benda tak berguna mula menguasai dari aku. Dari pagi hingga ke awal pagi asik dok pikir nak dapatkan blackberry bold II. Entah apa yang buatkan aku suka betul kat Blackberry Bold II nih. Kalau diikutkan aku dulu memang tak berapa nak suka benda alah ni, terutamanya selepas aku jual Iphone aku dulu. Sebab apa tak suka , kerana modal yang banyak diperlukan namun satu ketika aku tergodakannya..
Ketergodaan ini menyebabkan aku merantau hingga ke kl untuk mencari harga Blackberry Bold II 9700 Vodaphone Celcom yang murah. Setaip hari keyword “WTS Blackberry” menjadi agenda utama.
Apakan daya kerana project hujung tahun ini menyebabkan aku merasakan ianya bukan satu keperluan pon. Biarpon Digi mempromosikan blackberry prepaidnya dengan hanya Rm 2 per day aku rasa masih utuh sehingga ke hari ni. So untuk mengatasi nafsu aku, maka aku terus mengaktifkan broadband untuk phone aku. Sepertimana blackberry, nokia aku juga hari ini dah ada broadband dan aku terus online serta semoga dengan pengaktifan broadband phone aku ini akan dapat membantu perniagaan website mytechmaya dan tudungku koleksi nu nuh . Dengan menguasakan phone aku dengan Celcom Brodband aku kini aku mampu online sepanjang masa. Biar tanpa blackberry bold, nokia ku juga berperasa blackberry…
p/s : lepas aku daftar broadband phone rasanya gilaku terhadap blackberry terus luput…..

