Kian Lemah

February 26, 2009  |  Uncategorized  |  No Comments

Huh pelik sedangkan aku boleh buat tapi selalu lost kat tengah jalan pening, mungkin ini orang kata makin tua makin lemah cara pemikiran huhu

Solat

February 19, 2009  |  Uncategorized  |  No Comments

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- “Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah”.
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala”.
Niat untuk sembahyang asar pula ialah “Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah”.

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- “Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar”
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah “Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala”.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah “sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla”.

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim. Niat untuk sembahyang magrib ialah “Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla”.
Niat untuk sembahyang isyak ialah “Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah”.

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2 .Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir. Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir “Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalamĀ  waktu isyak”
Niat untuk sembahyang isyak ialah “Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla”.
Niat untuk sembahyang magrib ialah “sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah”.

Sumber: www.familiazam.com

Dugaan

February 18, 2009  |  Uncategorized  |  No Comments

Ya Allah ampunkan dosaku, juga kedua ibu bapaku, berilah kesempurnaan kesihatan dan kekuatan kepadaku dan juga mereka dalam menghadapi dugaan mu ya allah. Permudahkan segala urusanku ya Allah- Amin ya rabbal alamin

Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UniMAP 2009

February 9, 2009  |  Uncategorized  |  No Comments


Akhirnya buat pertama kalinya sepanjang penubuhan unit aku sejak 2004 telah berjaya menganjurkan Safety Week buat kali pertamanya. Sebenarnya aku dah rancang nak wujudkan sejak 2008 lagi namun atas sebab terlalu banyak pengisian dalam taqwin tempat aku kerja, perancangan kami tergendala. Kecewa? yup sebabnya idea aku tak dapat direalisasikan namun hikmah disebalik tuh mungkin kami semua tak nampak.

Menjelang 2009 kami mula merancang semula namun kelemahan dan sebab kegagalan yang lalu dijadikan iktibar dan guidelines bagi perancangan minggu safety unimap buat kali pertama pada tahun ini. Akhirnya 9 Februari telah merealisasikan segalanya, alhamdulilah semuanya berlangsung sepertimana yang dirancangkan.

Menariknya kehadiran big bos our VC nyata memeriahkan lagi majlis yang telah dirancang. Thanks…

Sebebas belon dan merpati yang dilepaskan

February 7, 2009  |  Uncategorized  |  No Comments

cantikkan bila dalam suasana pagi tengok belon dilepaskan bersama-sama burung merpati, bebas je (waktu nih aku dok jiwang dan feel yang melampau). Namun sebebas mana pun ia akan hanyut dibawa arus angin takda tujuan, disitu baru kita tau walau sebebas manapun dalam hidup kena ada tujuan sebab itulah allah jadikan kita sebagai khalifah. Tak macam burung merpati dan belon-belon yang dilepaskan depa takda tujuan terus hanyut bila angin dalam belon kurang atau burung merpati tuh penat dia akan jatuh kat mana saja.

p/s gambar kurang cantik ini bukan iphone aku cuma n73 ja