Settle sudah satu aktiviti awareness untuk semua staf UniMAP yang baru lantik sebagai Wakil Majikan dan Wakil Pekerja bagi Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Jawatankuasa ini dibuat sebab tuntutan akta KKP 1994. Dari survey aku banyak wakil yang dilantik masih tak tau fungsi depa. Sebab tuh kami buat inisiatif untuk memberi info kepada diaorang ni. Kalau kat kilang OSH bukan aneh tapi jabatan kerajaan masih lagi kabur perlaksanaannya bukan sebab apa kadang-kala safety ni ketua jabatan kurang bagi tumpuan. Tapi kat papan kenyataan mana-mana tempat pon Safety First. But takleh salahkan sebab mungkin masih baru pemakaiannya.
So course yang buatnya alhamdulillah berjalan lancar. Semua wakil yang dilantik pon tunggu sampai ke petang, mungkin satu ilmu yang baru kat depa kot hahahaa. Macam aku gak masa mula-mula melibatkan diri dalam OSH mula dari zero, la nih baru 20% ja. But sebab umur muda mungkin aku boleh explore lagi bidang ni. Hope kepada depa yang hadir tadi dapat sedut sedikit sebanyak ilmu orang NIOSH ni kan. Hrmm seingat aku masa kat UKM dulu tak tau plak NIOSH ada kat situ plus tak tau fungsi dia pon waktu tuh. Tapi bila pi kursus SHO (safety dan Health Officer) kat NIOSH baru la aku tau tentang safety.
Read MoreHabis sudah weekend aku , at the end takda apa pon hanya sekadar masa berlalu tanpa diisinya dengan baik. Aktiviti pon takda yang menarik sangat mungkin sebab bini dok jauh, takda idea pon nak pi mana. Cuma ada lah dua 3 tempat pi untuk isi masa lapang yang lagi melapangkan ujung minggu nih.
Oleh kerana takda haluan tempat pertama aku tuju adalah sentosa, takda benda lain selain dok tengok telefon canggih-canggih. Asai dulu aku dok cari blackberry tapi oleh kerana banyak kelemahannya aku kenselkan niat aku. Kali nih aku cari samsung galaxy s sebab tergoda lepas baca artikel ariff shah yang buat review samsung galaxy s. But bila pi kat sentosa boleh kata mahal la jugak RM 2800 untuk sebuah henset.
Then lepas tengok harga budak cina offer satu lagi jenis Nokia N900. perghh semua ada macam komputer kecik plak, harga dia letak RM1760, masa tuh agak goyang gak sebab bleh dikatakan semua yang aku nak ada kat situ. Pi check nokia center harga ori around RM 2800 juga mahal. Tangguhkan saja hasrat aku sebab bila buka ja nak ambil kad utang terlihat muka bini aku. Macam dia dok kata ja “abang ingat kita nak masuk rumah baru banyak duit nak pakai” huh terus beb tutup beg duit and kenselkan niat mulia aku haha.
Read MoreBengang jugak aku ngan satu company ni, tulis saja servis 24 jam 7 hari seminggu. Tadi petang aku telefon jam 4.45 petang takda sapa pun angkat. Emel pon tak berbalas yang balas hanya auto respon emel ja. Aku pun ada pelanggan nak segera, kalau syarikat ni slow maka pelanggan aku pun dapat lewat servis dia huh.
Bagi aku, kalau kita tak boleh komit dengan 24/7 yang kita cuba letak kat website kita tuh jangan letak. Buat malu ja, at last sapa yang rugi kau orang gak. servis lembab macam siput ja cehhhhh. Please la bagi profesional sikit.
azamrashid : bengang sial benda tak settle dari petang sampai malam
Kita asyik melaungkan harga barang kita lah yang terendah dari semua tempat didalam dunia. Rektorik nih selalu kita dengar bila nak naikkan satu harga barangan.Dari personal opinion aku , harga kat negara kita antara yang termahal jugak la. Cuba tengok bidang teknologi, kereta jimat minyak kita jual mahal, peralatan elektrik yang jimat elektrik (inverter pon kita jual mahal). Dekat mana yang kita nak jimat
Tapi aku kagum dengan negara india, boleh katakan walaupun negara dia tuh serba caca merba nak kata maju dak nak kata tak maju pon dak. Dia punya rakyat bleh kata kreative la jugak movie dia semua orang bleh terima, artis dia pon bleh dapat pengiktirafan or dato kat negara luar dari india, kereta dia boleh bangunkan danĀ jual murah. Kita ? kereta kita pon jual mahal.
Terkini dia berjaya mengeluarkan komputer yang berharga Rp1500 kalau convert ke dollar sebanyak $39 dan Ringgit Malaysia 102.50. Komputer dia pon bleh tahan macam ipad jugak cuma guna platform linux. Aku rasa la negara india ini ada pencipta dan penyelidik yang bijak membangunkan teknologi yang dengan kos yang begitu murah. Ianya sesuai dengan masyarakat negara dia yang terdiri dari pelbagai kasta.
Read MoreSelepas semua yang berlaku so, inilah masa untuk aku carik idea yang menarik untuk perkembangan kerier aku. Ianya sekarang more untuk kepuasan bekerja bukan setakat hanya untuk duduk dan mendengar arahan sahaja. Aku dah listkan 2-3 project yang aku simpan dari tahun 2006 lagi. Mungkin ianya masih relevan untuk digunapakai dan mampu menjadi kegunaan ramai aku pon tak tau la.
Semangat dari ceramah transformasi hari tuh bakaq balik semangat yang kian suram, ini kerana aku kurang membuat anjakan atau perubahan disebabkan faktor persekitaran dan sifat malas yang ada. Ada insan mau tolong kita namun sebab kemalasan kita dan sifat endah tak endah aku menyebabkan semua tertangguh. so inilah masa untuk transform, autobot transform hahahaha.
So aku rasa aku boleh archive 3 project aku pada tahun ni yang mana akan melibatkan kerjaya aku, dan untuk hobi aku aku sasarkan akan dapat customer 1 bulan satu pelanggan. So jangan banyak cakap jom kengkawan kita mulakan babak pertama…..


