Majlis Hari Raya

October 13, 2009  |  Kehidupan  |  1 Comment

hariraya

Lepas raya tuh projek yang kena selesaikan adalah majlis hari raya yang telah dipercepatkan, tapi bila deal ngan geng pro nih memang cepat ja siap. Walaupun ada orang sumbang lembu last minute tapi kecekapan mengatasi segalanya wakaka. Gambar kat atas tunjukkan ggeng keselamatan yang berkeja keras untuk siapkan bihun

Ini gambar aku masa nyanyi atas pentas suara sedap macam joey mctyre hahaha…

Read More

Installing Ubuntu Part 2

October 13, 2009  |  Teknologi  |  No Comments

Dah siap and dah pakai for 5 hari dah but nothing speacial about it sebab tak banyak software. plus malas nak cari software membuatkan macam rugi space je. Hummm kalau 2 tahun dulu ok la kot nak layan benda-benda camni. Anyway for loading OS ni agak pantas berbanding Windows XP SP2 yang aku pakai. Maybe takda banyak benda nak loading.

Tengok 2-3 hari lagi kalau tak busy sangat maybe aku akan uninstall O.S ni kerana nak guna space untuk download movie plak hehe….

Installing Ubuntu

October 4, 2009  |  Teknologi  |  No Comments


Ini OS bila baca lam semua forum macam menarik je. So aku nak try tengok camna performance dia. Aku jangkakan masalah bakal hadapi tak banyak software. Biasala aku kenai komputer dengan windows je tak didedah dengan OS lain. Apa pun aku harapkan ianya best.

Dah lama ushar nak guna benda nih tapi still pelbagai masalah pc rosak, time tak cukup so masa stand by nih la aku nak try. Gud luck untuk aku

Aidilfitri

September 20, 2009  |  isu  |  1 Comment


Gua punya raya pertama tahun nih.

F1 Malaysia dan Indahnya Bahasa Bangsaku

September 18, 2009  |  Kehidupan, isu  |  No Comments

Malaysia F1
Tahniah kepada negaraku Malaysia, kerana berusaha nak masuk F1. Satu sukan yang berprestij dan memerlukan kos yang begitu tinggi. Walau bagaimanapun ada pro ada kontra. Tak perlu diperhalusi. Yang penting jika ianya melibatkan kos yang boleh memberi pulangan lumayan kepada rakyat, harap diteruskan jika hanya sekadar memenuhi kepentingan dan pembaziran gunakanlah ia kepada yang memerlukan.

Nyata keputusan kerajaan nak masuk F1 memang menarik ramai bakat-bakat baru joki-joki jalanan untuk mencuba nasib sebagai pemandu. Namun mereka cuba dari arah yang bertentangan. Trek mereka dijalanraya. Alkisah malam pengumuman itu aku hampir tereksiden dengan 2 buah kereta yang sedang berlumba. Salah sebuah tersekat laluannya disebabkan kereta rogayah aku. mungkin sebab kena tinggai makan asap dengan member dia, dia pon sedaya upaya dengan kereta persona f1 memotong keretaku dengan cara yang macam montoya dulu sambil tangannya dihulurkan keluar sambil jarinya menunjuk isyarat lucah. Bodoh betui anak bangsa ku yang bangang. Kalau ikutkan aku bodoh macam dia nak saja aku langgaq kereta dia.

Mungkin kejadian macam nih la yang menyebabkan statistik bangsaku banyak menghabiskan nafas terakhir di tepi longkang dan sebelah divider dijalanraya. Anyway sempena balik raya hari ini saya ingin ucapkan selamat berhari raya dan berhati-hati ketika memandu. Moga perjalanan anda semua selamat. Insyallah