Kerja Tuh Amanah

August 13, 2010  |  pekerjaan  |  3 comments

Salam ramadhan untuk semua,

Pagi tadi aku dapat tengok macam mana penguasa buat kerja bila mana dah heboh dekat 2 hari harga ayam dah naik. Selalunya paten dia memang macam tuh boomm ja satu isu, kalut la sat depa buat kerja sibuk dalam seminggu, lepas minggu kedua isnin dan selasa tuh dah slow penguasaan dia tuh. Tapi bagi aku betui jugak kata orang-orang tepi jalan tadi, depa takleh nak buat apa barang hak orang depa nak jual berapa tuh ikut depa la. dulu masa ada harga siling kalau tengok semua dok siling ja turun pon bila bird flu ja. La ni kita buang siling bagi langit hambik la kita semua. Tapi tahniah kerana depa turun tengok juga sekurang-kurangnya ada tanda harga.

Cerita tanda harga ,2 hari lepas pon aku beli nasik goreng, harga kat papan tanda RM 4.50 tapi bila bayaq RM 5.00 hrmm ada gak peniaga macam tuh. Biaq la mak aku selalu cakap kalau berniaga jangan tipu kang buka kedai takat 2,3 hari ja lepas tuh jadi macam cerita do re mi, orang hambat dengan kayu. Kat PARAM (Pasar Ramadhan) tak tahu la sebab aku tak pi pon, kat sini pon banyak peniaga segera, selalunya kejap ja dia muncul ikut tren ja. Depa ni akan mahal sebab nak cover harga tapak, beli periuk baru, payung dengan meja baru. Cuba pi tengok betui ka tak.

Read More

Kisah Penjual Nasi Ulam

August 12, 2010  |  Kehidupan, perniagaan  |  7 comments

Semalam aku sempat pi tolong mak aku berniaga kat pasar ramadhan untuk kali ke berapa belas tahun tah. Gambaq atas tuh mak aku ngan pak aku la tuh, masa depa buat penampilan kat UKM kali ke 3 konvo adik aku. Mak aku ni berniaga kuih kecil-kecilan sejak dari aku sekolah rendah lagi. Masa dulu mula mak aku berniaga ni mula dengan hantaq kuih kat orang. Kalau tak salah dulu pak hashim nama pakcik yang mak aku dok hantaq. Kul 6 pagi dah pi berjalan belah belakang, yang mana line belakang rumah taman yang kami duduk. sebab apa kena hantaq awai, sebab pakcik tuh akan pusing semua tempat bawak kuih mak aku.

Sambil-sambil tuh mak aku dok ganti makcik sebelah rumah buat goreng pisang tepi jalan. Mula ganti sekali sekala sebab makcik rumah sebelah kerap sakit. Pastu dia meninggal mak aku ganti tempat dia jual goreng pisang kat situ menjual kejap ja. Lepas orang nak perbesar jalan, gerai tuh kena robohla.

Read More

7 jam berpuasa

August 11, 2010  |  Kehidupan  |  4 comments

Sekarang dah hampir pukul 1.30 petang yang membawa maksud telah hampir 7 jam berpuasa dalam bulan yang mulia ini, bulan penuh keberkatan. Namun dalam 7 jam ini rasanya sudah tercalar puasa aku bilamana termengumpat ketika meeting. Nasib baik mengumpat ja, kalau lepas tu pi tengok benda lagha lagi la kurang pahala. Bermakna point aku dah berkurangan.

Menjelang 6 jam lagi untuk berbuka pasti akan berlaku lagi pengurangan pahala puasa. Waktu yang paling kritikal adalah waktu nak membeli juadah berbuka puasa. semua benda kita nak beli tengok aja makanan semua berkenan. Petang ni si peniaga akan bawak balik bekas saja.

So dari saya , ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka petang ni.

First Payment From Nuffnang

August 4, 2010  |  perniagaan  |  6 comments


Akhirnya setelah hampir sebulan nak cashout first payment aku. So hari ini dah dapat la emel komformation dari nuffnang. Walaupun tak banyak boleh la kalau takat nak belanja minum teh ais dan bayaq minimum kad kredit haha. So tunggu cheque la bro.

Read More

Hilang

August 3, 2010  |  Kehidupan  |  2 comments

Bukan mengadu damba tapi rasa pelik, nak kata pelupa ingat semuanya tapi cari tak jumpa. Dari pagi membawa ke petang yang petang membawa ke malam. Tang mana aku letak entahla. semua sudut aku carimu namun apa yang dapat hanyalah buntu. Dari meja komputer hingga ke lubang mesin basuh. Kau tak ku jumpai.

Dalam kereta habisku selak, dirimu tak aku jumpai. mana sudut tak aku selak dari laci hingga ke ekzos. Penat saja yang dapat. Oh ya mungkin di Dewan Kapitol, dewan yang menyimpan seribu satu kisah. Dari tempat penyambung hubungan kekeluargaan dan penambahan zuriat, kini menjadi tempat penambahan dan perkongsian ilmu. Mungkin disitu dirimu akan aku jumpai. Namun keputusannya tetap sama dirimu terus menghilang tanpa jejak kasih.

Tanpa mu, aku hilang arah, sebab kau mempunyai apa yang aku kehendaki, mampu menyelesaikan masalahku. Senja menjengah namun dirimu aku masih mencari. Mana lagi kau menyembunyikan diri, lantas aku terus mencari.

Read More