Dah lama aku nak idamkan buat outdoor photoshot nih kat Putrajaya, pergh waktu malam cantik. Tapi malangnya kamera aku plak semua jenis setting yang aku cuba banyak kali jadi blur. Maybe sebab amatur lagi tahap aku ni but cuba the best sebab arituh masa Pesta Belon panas aku tak sempat pergi. Kalau tak bleh la shot gambor belon panas.Apapun cuti kali nih walau dalam sibuk menyiapkan PTK aku, aku curi masa gak pi buat outdoor janji ada gambor putrajaya.
Model yang guna malam tuh semuanya yang murah murah ja. Upah blanja Teh ais kat Naz Maju ja hehe. Anyway kalau nak tengok yang edit pi ke mylensa.co.cc kat situ aku letak semua yang dah edit. Gambor kat atas ni kat depan Palace of Justice.
Yang ni plak model yang dibawa khas dari Perlis. Walaupun dalam keadaan mengantuk bleh memberikan pose 1 Malaysia
. So lepas nih aku nak buat outdoor kat KLCC plak hahaha. Masa dan ketika lum tauuu….
Minggu lepas dalam kesibukkan menyiapkan tugasan aku, sempat jugak aku mencuba tempat makan yang baru kat belah bangi ni, namanya Tupai Tupai. Rasanya orang belah KL tak aneh dengaq nama nih sebabnya dia dah lama bertapak kat berhampiran dengan Dewan Bahasa Pustaka tuh. Rasanya kat Bangi nih adalah cawangan dia.
So jarak dari UKM dekat ja sebelah, kalau tak salah aku kawasan ni pon baru naik tapi tahla sebab aku tinggai bangi pon dah lama dekat 5 tahun. Hrmmm Tupai tupai ni bagi aku tempat cantik dekorasi menarik but makanan dia agak kureng sikit kot or maybe tekak manusia berlainan sikit. Kalau dibandingkan dengan kedai-kedai yang bercambah sekitar bangi kajang, kedai Tupai tupai nih kena tambah baik makanan dia la. Malam tuh aku and family just try ala-carte ja. Maybe dia special lam steam boat kot. takpa lepaih nih aku try.
Steambot dia bermula dengan RM 22 kalau tak salah. Tapi kalau tak habis sila bayar na, pembaziran kawan syaitan. Tapi satu lagi nak komen presentation makanan dia kurang macam kedai biasa ja kalau nak banding dengan kedai Mai Cafe Perlis rasanya Mai Cafe lagi cantik presentation dia.
Yang gambar atas ni apa yang aku oder, nama glamer sampai haha macam kat Fasa 1 Bangi ja hehe. apapun dari 5 bintang aku just bagi 2 1/5 bintang ja
Wah tahun nih bleh kata meriah jugak sambutan PC Fair kat kangaq ni. Walaupun jumlah booth dalam 20 lebih kot but still kelihatan meriah. PC Fair rasanya dah 4 kali kot buat kat dewan 2020 kangar nih. Hujan pada petang yang aku pi nih, pon tak menghalang lebih banyak pengunjung mai ke dewan 2020. Waktu aku nak balik tengok jem kereta lam 600 meter hahaha kat jalan nak masuk ke Dewan 2020 tuh.
Dari pemerhatian aku, Harga disitu aku rasa lebih kurang ja la dengan dengan kedai yang ada sekitar kangaq dan aloq setaq. Mana taknya kebanyakan pengerai nih dikalangan pengusaha kedai komputer, kamera dan gajet-gajet lain yang memang ada kat sekitar Perlis dan sket dari kedah.
Seingat aku dulu masa zaman belajar tuh sanggup ooo pi naik komuter pi PWTC semata-mata nak pi tengok barang komputer yang murah murah (murah ke). Pastu waktu nak balik tuh kalau kena hari ahad huh, bau tren tuh masyuk ja walaupun duduk sebelah awek cun pon tarak guna ooo bau dia waaaa hahaha…
Berbalik ke kat PC Fair kangaq, Masing-masing penggerai ada tarikan untuk cuba menarik pengunjung untuk ke booth diaorang. Paling menarik ada yang bawak loceng ice cream tuh. Ada jugak yang dok pulun letak amoi untuk jual kad kredit Citibank hadiah payung hahaha. Alo amoi kat perlis mana ada cik citibank. Yang lain semua lebih kurang ja la letak awek-awek muda remaja untuk cuba menarik pelanggan tapi takda la macam kat KLCC tuh awek kingstone pakai sexy tube ja tuh bai , kat sini setakat sexy kampung ja haha.
Aku beli apa? satu haram pon tak beli haha tak ada yang menarik minat sebab save haha. But satu yang tertarik adalah kerusi ergonomik huh harga murah ja do… RM 450 ja huh. Tapi nak beli nak letak mana kerusi yang aku beli dulu masih elok lagi so simpan la hajat.
So esok ada sehari lagi, kalau bertuah maybe ada lelong barang murah kot…….
Cewah entry kali nih aku mulakan dengan tajuk movie bollywood keluaran 1970-an. Ianya Sebuah Cerita berkaitan dengan kehidupan seorang pelawak, but bukan itu nak diceritakan.
Sepanjang hari, bila masuk kereta buka radio semuanya cerita tentang allahyarham din beramboi. seorang penghibur yang sedang meniti puncak kerjaya namun ajal dan kematian itu memang pasti, tidak dipercepat mahupun dilewatkan walau sesaat. Namun sumbangan alllahyarham dalam bidang yang diceburinya pasti meninggalkan kesan kepada semua rakannya, sepertimana pelawak pelawak lain allahyarham P Ramlee, allahyarham muhammad abdullah “Pak Busu” yang telah lama pergi. Al-fatihah kepada mereka semua.
Seingat aku, masa dulu aku mula tau tentang lawak din beramboi nih masa aku sekolah sebab dia ada buat keset tentang lawak antarabangsanya. Kengkawan aku masa matrik pon ada yang minat dengan lawak dia, kengkadang lawak dia macam kasor ja but budak baya aku bleh terima.
Anyway semua ini lumrah alam, kalau kita tengok inilah cycle kehidupan kita sebagai manusia. Lahir, membesar, meniti hari tua sehinggalah kita kembali kepadanya.
p/s- teringat kata-kata jalut dalam raja lawak musim ke 4
manusia tak pandai hargai pelawak macam jalut.Pada mereka jalut ini ibarat boneka yang memperalat diri sahaja. Bila lawak jalut tak menjadi mereka mencemuh dan menghina jalut…
Jalut berlawak bukan kerana nama. Jalut mahu berkongsi sesuatu dengan manusia. Dengan nasihat-nasihat yang jalut beri. Tetapi mereka tak peduli, mereka mahu keseronakan yang sementara saja.
Jalut rela jadi burung kena tembak, jalut rela jadi semut kena pijak, jalut rela buat orang ketawa sampai bila bila…
Apa yang jelas sejak kebelakangan ini aku tengok kat negeri kecintaan aku dah mula ada kemajuan sket. Dulu masa zaman aku membesar suasana permai bleh dirasakan kini bila dah masuk zaman 2010 nih banyak benda dah ada kat negeri aku nih. Aku rasa orang yang paling bertuah orang sezaman dengan tok (nenek) aku sebab dia masih idup dan dapat melihat pelbagai perubahan walaupun agak perlahan berbanding negeri lain. Sebenarnya tak perlu kita membandingkan dengan negeri lain sebab negeriku ini dari sudut geografi dia agak jauh dari kepesatan KL and then takda la plak hasil buminya, hanya setakat menampung penghuni negeri ja.
Namun agak aneh bagi aku bila mana mula dari tahun lepas, aku nampak banyak pusat karaoke mula bercambah diseluruh negeri aku nih. Dulu penghujung 90-an dan awal 2000 banyak gerai-gerai yang buat karaoke, sekadar menarik pelanggan. Kini bleh kata setiap tempat didalam kangar memang dah ada karaoke.
Aku takut perkembangan ini akan menjurus kepada isu sosial dikalangan remaja. Mungkin sekarang masih takda namun pihak pentadbir dan pemberi lesen hiburan nih perlu lebih ketat dalam memberi kebenaran takut-takut lepas nih orang tak mau pi Danok dah depa mai perlis ja. Bukan tak boleh atau aku nih jumud tapi takutlah kan, Ingat negeri kita Darul Sunnah.
p/s- aku pon suka karaoke but bila tengok pusat “hiburan keluarga” nih bercambah takut jugak. Mana taknya bila banyak persaingan pon wujud, masing masing perlu tawarkan pelbagai benda yang menarik sebagai tarikan ke premis depa. Takut tarikan yang terlarang ja….


