Setelah hampir 6 bulan dengan tema yang sama kini masa untuk aku tukar bagi suasana yang lebih segar. Punca tukar nih sebab nak cari idea untuk buat website pelanggan. Masih takda idea nak buat. Kerja office pon makin suntuk, haha amik hang dok tangguh lagi kerja.
Minggu nih kali pertama selepas hampir 12 tahun tak masuk treasure hunt, maka kali ini aku mencuba nasib bersama geng office untuk menjadi pencari harta karun yang berjaya. Tapi apa akan dayaku pengalaman yang kurang menyebabkan team kami kena penalti banyak jugak. Mungkin sebab pengajur dengki sebab kami kacak hahaha takdala melawak kengkawan ja.
Minggu depan banyak benda kena susun first kena siapkan paperwork untuk training, kedua kena buat mesyuarat agung kelab kakitangan, ketiga kena settle OHSAS punya masalah, keempat 5s, kelima SKT dan juga risalah kesihatan, dan keenam settlekan pelanggan aku. Hope aku bleh settlekan semua dengan jayanya.

