Nokia Aku Berperisa Blackberry
July 21, 2010  |  Teknologi

Tak di nafikan sejak dari minggu lepas nafsu serakah untuk membeli benda tak berguna mula menguasai dari aku. Dari pagi hingga ke awal pagi asik dok pikir nak dapatkan blackberry bold II. Entah apa yang buatkan aku suka betul kat Blackberry Bold II nih. Kalau diikutkan aku dulu memang tak berapa nak suka benda alah ni, terutamanya selepas aku jual Iphone aku dulu. Sebab apa tak suka , kerana modal yang banyak diperlukan namun satu ketika aku tergodakannya..

Ketergodaan ini menyebabkan aku merantau hingga ke kl untuk mencari harga Blackberry Bold II 9700 Vodaphone Celcom yang murah. Setaip hari keyword “WTS Blackberry” menjadi agenda utama.

Apakan daya kerana project hujung tahun ini menyebabkan aku merasakan ianya bukan satu keperluan pon. Biarpon Digi mempromosikan blackberry prepaidnya dengan hanya Rm 2 per day aku rasa masih utuh sehingga ke hari ni.  So untuk mengatasi nafsu aku, maka aku terus mengaktifkan broadband untuk phone aku. Sepertimana blackberry, nokia aku juga hari ini dah ada broadband dan aku terus online serta semoga dengan pengaktifan broadband phone aku ini akan dapat membantu perniagaan website mytechmaya dan tudungku koleksi nu nuh . Dengan menguasakan phone aku dengan Celcom Brodband aku kini aku mampu online sepanjang masa. Biar tanpa blackberry bold, nokia ku juga berperasa blackberry…

p/s : lepas aku daftar broadband phone rasanya gilaku terhadap blackberry terus luput…..


1 Comment


  1. blackberry oke jgk~
    alinac´s last blog ..- SEBELUM KE OVERSEA ESOK -My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled