Cakap banyak pon tak guna, komplen pon buat apa lagi, iklan dah tunjuk kita rugi banyak mana , kesan kencing manis pon kita didedahkan. So kurangkan berjalan-jalan, jimat cermat dan bak kata perdana menteri biar miskin harta jangan miskin jiwa. Nak naik minyak banyak mana pon naik la, kita bukan naif tentang ekonomi, yang pasti harga minyak negara kita terendah sekali.
Sebagai rakyat bertanggungjawab kita kena buat budget betul-betul, supaya tak miss makan ye, banyakkan duduk rumah, makan kat rumah tanam sayur dan beli basikal untuk ke tempat kerja
Namun semakin lama diamati konsep yang diperkenalkan tuh betul-betul untuk semua ataupun hanya untuk 1 pihak saja. Pengalaman aku pi satu shopping mall kat kl baru-baru ni agak memeranjatkan dan menterkejutkan aku dengan sikap disatu pihak tersebut. Mungkin dah wujud kasta hanya pihak tersebut merasakan diri mereka mempunyai kasta tertinggi berbanding pihak yang lain.
Mungkin orang lain lebih perit dari aku, dari sumber yang terdekat menceritakan kisah seorang graduan telah berjaya dalam interview namun oleh kerana kouta untuk pihak kita telah penuh maka graduan itu disingkirkan. Banyak kisah lagi yang aku dengaq yang menyebabkan aku mula terfikir 1 itu untuk siapa. Jika untuk semua alhamdulillah, namun jika 1 satu pihak saja sesuatu perlu diperbetulkan. Konsep 1 halatuju perlu diperindahkan

Salam…
Apa perkaitannya antara pengurangan subsidi dengan “Model Ekonomi Baru” & ” ke arah negara berpendapatan tinggi”…pihak mana yang berpendapatan tinggi?
yang tuh semua macam retorik menjana kekayan