Reunion Semsira

September 4, 2010  |  Kehidupan  |  No Comments

Masa raya la ramai orang nak buat reunion ni! bukan apa senang nak kumpul member-member zaman sekolah. So tahun nih Semsira a.k.a Sekolah Menengah Syed Sirajuddin batch tahun 1993-1997 akan buat reunion kali kedua dia secara besar-besaran. Kali pertama tahun 2001 buat kat rumah panjang. Masa tuh siap buat tahlil kepada rakan-rakan yang telah meninggal dunia. Tahun ni rasanya takda kot tahlil sebab buat kat hotel (kelas gitu) tapi hotel chap ayam ja. So bagi rakan-rakan yang mengaji di Semsira 1993-1997 jemputla hadir. Bayaran murah ja RM 50 ja untuk keterangan lanjut sila pi ke link nih.

Kisah Penjual Nasi Ulam

August 12, 2010  |  Kehidupan, perniagaan  |  7 comments

Semalam aku sempat pi tolong mak aku berniaga kat pasar ramadhan untuk kali ke berapa belas tahun tah. Gambaq atas tuh mak aku ngan pak aku la tuh, masa depa buat penampilan kat UKM kali ke 3 konvo adik aku. Mak aku ni berniaga kuih kecil-kecilan sejak dari aku sekolah rendah lagi. Masa dulu mula mak aku berniaga ni mula dengan hantaq kuih kat orang. Kalau tak salah dulu pak hashim nama pakcik yang mak aku dok hantaq. Kul 6 pagi dah pi berjalan belah belakang, yang mana line belakang rumah taman yang kami duduk. sebab apa kena hantaq awai, sebab pakcik tuh akan pusing semua tempat bawak kuih mak aku.

Sambil-sambil tuh mak aku dok ganti makcik sebelah rumah buat goreng pisang tepi jalan. Mula ganti sekali sekala sebab makcik rumah sebelah kerap sakit. Pastu dia meninggal mak aku ganti tempat dia jual goreng pisang kat situ menjual kejap ja. Lepas orang nak perbesar jalan, gerai tuh kena robohla.

Read More

7 jam berpuasa

August 11, 2010  |  Kehidupan  |  4 comments

Sekarang dah hampir pukul 1.30 petang yang membawa maksud telah hampir 7 jam berpuasa dalam bulan yang mulia ini, bulan penuh keberkatan. Namun dalam 7 jam ini rasanya sudah tercalar puasa aku bilamana termengumpat ketika meeting. Nasib baik mengumpat ja, kalau lepas tu pi tengok benda lagha lagi la kurang pahala. Bermakna point aku dah berkurangan.

Menjelang 6 jam lagi untuk berbuka pasti akan berlaku lagi pengurangan pahala puasa. Waktu yang paling kritikal adalah waktu nak membeli juadah berbuka puasa. semua benda kita nak beli tengok aja makanan semua berkenan. Petang ni si peniaga akan bawak balik bekas saja.

So dari saya , ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka petang ni.

Hilang

August 3, 2010  |  Kehidupan  |  2 comments

Bukan mengadu damba tapi rasa pelik, nak kata pelupa ingat semuanya tapi cari tak jumpa. Dari pagi membawa ke petang yang petang membawa ke malam. Tang mana aku letak entahla. semua sudut aku carimu namun apa yang dapat hanyalah buntu. Dari meja komputer hingga ke lubang mesin basuh. Kau tak ku jumpai.

Dalam kereta habisku selak, dirimu tak aku jumpai. mana sudut tak aku selak dari laci hingga ke ekzos. Penat saja yang dapat. Oh ya mungkin di Dewan Kapitol, dewan yang menyimpan seribu satu kisah. Dari tempat penyambung hubungan kekeluargaan dan penambahan zuriat, kini menjadi tempat penambahan dan perkongsian ilmu. Mungkin disitu dirimu akan aku jumpai. Namun keputusannya tetap sama dirimu terus menghilang tanpa jejak kasih.

Tanpa mu, aku hilang arah, sebab kau mempunyai apa yang aku kehendaki, mampu menyelesaikan masalahku. Senja menjengah namun dirimu aku masih mencari. Mana lagi kau menyembunyikan diri, lantas aku terus mencari.

Read More

Weekend aku

August 1, 2010  |  Kehidupan  |  5 comments

Habis sudah weekend aku , at the end takda apa pon hanya sekadar masa berlalu tanpa diisinya dengan baik. Aktiviti pon takda yang menarik sangat mungkin sebab bini dok jauh, takda idea pon nak pi mana. Cuma ada lah dua 3 tempat pi untuk isi masa lapang yang lagi melapangkan ujung minggu nih.

Oleh kerana takda haluan tempat pertama aku tuju adalah sentosa, takda benda lain selain dok tengok telefon canggih-canggih. Asai dulu aku dok cari blackberry tapi oleh kerana banyak kelemahannya aku kenselkan niat aku. Kali nih aku cari samsung galaxy s sebab tergoda lepas baca artikel ariff shah yang buat review samsung galaxy s. But bila pi kat sentosa boleh kata mahal la jugak RM 2800 untuk sebuah henset.

Then lepas tengok harga budak cina offer satu lagi jenis Nokia N900. perghh semua ada macam komputer kecik plak, harga dia letak RM1760, masa tuh agak goyang gak sebab bleh dikatakan semua yang aku nak ada kat situ. Pi check nokia center harga ori around RM 2800 juga mahal. Tangguhkan saja hasrat aku sebab bila buka ja nak ambil kad utang terlihat muka bini aku. Macam dia dok kata ja “abang ingat kita nak masuk rumah baru banyak duit nak pakai” huh terus beb tutup beg duit and kenselkan niat mulia aku haha.

Read More