Salam Kemerdekaan Ke 53

August 31, 2010  |  isu  |  No Comments

Beberapa minit lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan kali ke 53. Tahun ni meriah secara biasa ja yang orang gomen menyambutnya cara gomen dan yang rempit dengan caranya tersendiri. Menikmati udara kemerdekaan yang mana ada orang yang tak pernah nak rasai dia. Aku pon hanya dapat nikmati hari kemerdekaan ini baru ke 30 tahun. Aku tak pernah rasai macam mana orang dulu rasa.

Cara mereka orang dulu dulu berjuang memang tak tau hanya berasaskan kepada buku sejarah saja. Yang pasti nikmat dia pasti lain. Tak pernah aku rasa takut waktu keluar kot-kot ada musuh komunis nak tembak, atau jepun nak suruh pi panjat pokok kelapa. Dengan merdeka dah ramai boleh pi sekolah elit, tak macam tahun 1920-an dulu kat perlis hanya ada 3 orang saja yang pi belajaq kat MCKK. Itu tak kira yang masuk universiti, dulu buleh kira,kalau la huh setiap kampung buleh kata semua masuk U.

Aku harap apa aku nikmati hari ni dapat dirasai oleh anak aku. Bukan apa la ni aku makin hairan kerana ramai manusia main politik untuk kepentingan diri. Isu bangsa alatan utama. Politik “open minded” nih depa kata yang terbaik, ikut orang putih. tapi hakikat dia orang putih kat luar sana memang dia rancang untuk pecah belah supaya depa senang kuasai. Dr M pernah kata kita tak boleh ikut cara barat, kita kena bina acuan sendiri. Manusia memang sukakan harta , wang , wanita. Tapi amanah tanggungjawab entah kemana. Sebab tu ramai dah mudah dikuasai.

Itu sebab kita tak kira apa bangsa pun hanya bercakap bagi kepentingan diri. Semua nak bangsa depa lebih, tapi selama 53 tahun adakah semua tersisih. Hilang ka bahasa ibunda dia, nama seculit pon kita tak ubah. Cuba tengok negara luar takda sapa bagi guna nama dari negara mana depa mai, itu istimewa kita. 1 bangsa malaysia bukan nak jadikan semua samarata tapi adil. Adil yang membawa maksud setiap golongan etnik dapat hak yang dibahagikan mengikut jenis masa kita nak merdeka dulu.

Apapun selamat menikmati hari kemerdekaan ke 53, biar kita rai bersama supaya dimasa hadapan anak cucu kita dapat merasai macam mana kita dok rasai sekarang.

Depa tak takut pon

August 16, 2010  |  isu  |  2 comments

Mula dari sang menteri menceritakan hukuman sivil dah diberatkan kepada pesalah zina hingga beranak dari hukum penjara la ni dah diberatkan sampai hukum bunuh. Itu tak termasuk lagi hukuman cara islam, dulu orang kata cara islam tak moden tapi sebenarnya boleh pakai sepanjang zaman tapi kita bodoh nak lawan just pakai akai saja. Lagi takut hukuman masa kat “Sana” nanti lagi berat ooo. Tapi nak buat camna dunia la ni kan semua moden, bleh test drive before kawin. Depa kata tak best la kalau tak try. Nak ikut cara orang barat nun. Semua tukaq kiblat dah. Nyata rancangan mereka untuk memesongkan kita dah berjaya.

Dikala cerita rogol cabul meluas hari ini dari surat khabar, terdengar satu siaran radio yang menceritakan tentang keseksian wanita dan puasa. Ada orang kata ok ja normal katanya. Ada orang bantah sebab yang tuh aurat. Ada pulak yang lagi pandai itu kata kubur memasing apa nak hairan. Kalau tengok memacam dah baju ketat seluaq sendat, ada tuh badan macam aku pon pakai seluaq sendat macam buah nangka yang perut 2 3 lapis pon nak tunjuk. Adus apa nak jadi la orang kita. Dalam agama kita dah cerita yang boleh itu boleh la, yang tidak itu tidak sebab apa kita nak ringankan. Setiap yang dilarang ada sebab tapi depa tak takut pon. huh kalau tak jadi takpa la.

12 Benda Yang Patut Kita Tahu Tentang Facebook

August 13, 2010  |  isu  |  No Comments

Hotel Takda Sijil Halal Jakim?

July 26, 2010  |  isu  |  No Comments

Biar betul dari 2,360 buah hotel hanya 32 ja yang ada sijil halal jakim huh. Mula aku tak percaya bila tengok lam kosmo ni. Hotel yang selalu aku pi masa outstation ngan wat kursus pon takda dalam senarai. Tadi aku check lam Halal Jakim semua ada 67 buah yakni termasuk restoran yang ada dalam hotel la.

Hrmm susah ka sedia makanan halal di negara islam ni ha?

Tahniah Pihak Berkuasa Tempatanku

July 26, 2010  |  isu  |  1 Comment

Pagi tadi terbaca paper online di berita harian mengenai kejayaan Jabatan Imigresen Malaysia kerana berjaya membongkarkan dan menyelamat minah indon yang dikurung di Taman Perlis. Kalau tak salah aku suspek ni memang lama dah orang kat belah perlis ni komplen tentang dia nih sebab menipu.

kakak aku pon pernah buat report tapi takda apa tindakan, mungkin dia pakai ilmu kebal kot. tapi sekebal mana pun akhirnya tertangkap jua, tahniah la pihak berkuasa ku yang jujur ihklas dalam menjalankan tanggungjawab. Haha tapi bulan puasa dan hari raya nih takda la nak guna indon untuk bantu cuci rumah la. Oh ya kalau hangpa nak baca pi la kat sini.

Satu lagi kredit kepada pihak berkuasa tempatanku yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas mereka dengan menyerbu pusat karaoke yang ada kat negeri tercinta aku ini. Bukan apa sejak kebelakangan ini aku tengok kat negeri aku ni banyak sangat pusat hiburan karaoke ni, bukan anti tapi takut isu sosial macam kat danokĀ  terjadi kat negeri ni. Selain itu juga harap pihak berkuasa tempatan ni pantau selalu la, kita perlis ni kecik ja kalau pusat karaoke ni dah sama banyak dengan masjid susah juga. Kot-kot satgi depa kata negeri kita ni little danok plak.

Cuma terfikir dengan satu cadangan kerajaan melaka untuk mewujudkan sekolah pelajar hamil, adakah satu peluang kedua untuk pelajar kembali ke jalan yang benar atau peluang untuk melakukan zina?

p/s : isnin yang mencabar – cabaran malas – cabaran menyelesaikan kerja -cabaran kesabaran