Kursus OSH Bagi Wakil Majikan & Wakil Pekerja

August 2, 2010  |  Project  |  1 Comment

Settle sudah satu aktiviti awareness untuk semua staf UniMAP yang baru lantik sebagai Wakil Majikan dan Wakil Pekerja bagi Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Jawatankuasa ini dibuat sebab tuntutan akta KKP 1994. Dari survey aku banyak wakil yang dilantik masih tak tau fungsi depa. Sebab tuh kami buat inisiatif untuk memberi info kepada diaorang ni. Kalau kat kilang OSH bukan aneh tapi jabatan kerajaan masih lagi kabur perlaksanaannya bukan sebab apa kadang-kala safety ni ketua jabatan kurang bagi tumpuan. Tapi kat papan kenyataan mana-mana tempat pon Safety First. But takleh salahkan sebab mungkin masih baru pemakaiannya.

So course yang buatnya alhamdulillah berjalan lancar. Semua wakil yang dilantik pon tunggu sampai ke petang, mungkin satu ilmu yang baru kat depa kot hahahaa. Macam aku gak masa mula-mula melibatkan diri dalam OSH mula dari zero, la nih baru 20% ja. But sebab umur muda mungkin aku boleh explore lagi bidang ni. Hope kepada depa yang hadir tadi dapat sedut sedikit sebanyak ilmu orang NIOSH ni kan. Hrmm seingat aku masa kat UKM dulu tak tau plak NIOSH ada kat situ plus tak tau fungsi dia pon waktu tuh. Tapi bila pi kursus SHO (safety dan Health Officer) kat NIOSH baru la aku tau tentang safety.

Read More

Perah Otak

July 29, 2010  |  Project  |  No Comments

Selepas semua yang berlaku so, inilah masa untuk aku carik idea yang menarik untuk perkembangan kerier aku. Ianya sekarang more untuk kepuasan bekerja bukan setakat hanya untuk duduk dan mendengar arahan sahaja. Aku dah listkan 2-3 project yang aku simpan dari tahun 2006 lagi. Mungkin ianya masih relevan untuk digunapakai dan mampu menjadi kegunaan ramai aku pon tak tau la.

Semangat dari ceramah transformasi hari tuh bakaq balik semangat yang kian suram, ini kerana aku kurang membuat anjakan atau perubahan disebabkan faktor persekitaran dan sifat malas yang ada. Ada insan mau tolong kita namun sebab kemalasan kita dan sifat endah tak endah aku menyebabkan semua tertangguh. so inilah masa untuk transform, autobot transform hahahaha.

So aku rasa aku boleh archive 3 project aku pada tahun ni yang mana akan melibatkan kerjaya aku, dan untuk hobi aku aku sasarkan akan dapat customer 1 bulan satu pelanggan. So jangan banyak cakap jom kengkawan kita mulakan babak pertama…..

part 1 : MS 1722 : 2005 & OHSAS 18001 : 2007 cabaran dan kesabaran

October 24, 2009  |  Project  |  No Comments

Hari ini tinggal 29 hari secara bilangan hari sebelum hari audit dari badan yang di iktiraf. project yang dah delay lama disebabkan pelbagai prosedur dan masalah luar jangka menyebabkan masa untuk menyediakan sebaik mungkin terlalu pendek. Apa lagi yang nak dikato bilamana project berjalan komitmen dan teamwork penting untuk menjayakan sesuatu yang begitu mencabar. Ini yang aku nak cari kelemahan pengurusan aku kena tingkatkan semula hope so diaorang paham how it work, and take the responsibility about this.