Masa raya la ramai orang nak buat reunion ni! bukan apa senang nak kumpul member-member zaman sekolah. So tahun nih Semsira a.k.a Sekolah Menengah Syed Sirajuddin batch tahun 1993-1997 akan buat reunion kali kedua dia secara besar-besaran. Kali pertama tahun 2001 buat kat rumah panjang. Masa tuh siap buat tahlil kepada rakan-rakan yang telah meninggal dunia. Tahun ni rasanya takda kot tahlil sebab buat kat hotel (kelas gitu) tapi hotel chap ayam ja. So bagi rakan-rakan yang mengaji di Semsira 1993-1997 jemputla hadir. Bayaran murah ja RM 50 ja untuk keterangan lanjut sila pi ke link nih.
Beberapa minit lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan kali ke 53. Tahun ni meriah secara biasa ja yang orang gomen menyambutnya cara gomen dan yang rempit dengan caranya tersendiri. Menikmati udara kemerdekaan yang mana ada orang yang tak pernah nak rasai dia. Aku pon hanya dapat nikmati hari kemerdekaan ini baru ke 30 tahun. Aku tak pernah rasai macam mana orang dulu rasa.
Cara mereka orang dulu dulu berjuang memang tak tau hanya berasaskan kepada buku sejarah saja. Yang pasti nikmat dia pasti lain. Tak pernah aku rasa takut waktu keluar kot-kot ada musuh komunis nak tembak, atau jepun nak suruh pi panjat pokok kelapa. Dengan merdeka dah ramai boleh pi sekolah elit, tak macam tahun 1920-an dulu kat perlis hanya ada 3 orang saja yang pi belajaq kat MCKK. Itu tak kira yang masuk universiti, dulu buleh kira,kalau la huh setiap kampung buleh kata semua masuk U.
Aku harap apa aku nikmati hari ni dapat dirasai oleh anak aku. Bukan apa la ni aku makin hairan kerana ramai manusia main politik untuk kepentingan diri. Isu bangsa alatan utama. Politik “open minded” nih depa kata yang terbaik, ikut orang putih. tapi hakikat dia orang putih kat luar sana memang dia rancang untuk pecah belah supaya depa senang kuasai. Dr M pernah kata kita tak boleh ikut cara barat, kita kena bina acuan sendiri. Manusia memang sukakan harta , wang , wanita. Tapi amanah tanggungjawab entah kemana. Sebab tu ramai dah mudah dikuasai.
Itu sebab kita tak kira apa bangsa pun hanya bercakap bagi kepentingan diri. Semua nak bangsa depa lebih, tapi selama 53 tahun adakah semua tersisih. Hilang ka bahasa ibunda dia, nama seculit pon kita tak ubah. Cuba tengok negara luar takda sapa bagi guna nama dari negara mana depa mai, itu istimewa kita. 1 bangsa malaysia bukan nak jadikan semua samarata tapi adil. Adil yang membawa maksud setiap golongan etnik dapat hak yang dibahagikan mengikut jenis masa kita nak merdeka dulu.
Apapun selamat menikmati hari kemerdekaan ke 53, biar kita rai bersama supaya dimasa hadapan anak cucu kita dapat merasai macam mana kita dok rasai sekarang.
Wow terkejut aku dapat satu surat mengatakan aku dapat hadiah RM 250,00 wowww bersamaan dengan 6 tahun kerja waaaaaaa. Bestnya. emmm pertama kali aku nak habiskan hutang ptptn, hutang bank-bank, hutang keta emmm lagi hutang budi dibawa mati. Hrmmm bestnya aku dok belek surat ni. Chop headline maybankard tuh, memang aku pelanggan dia. Perghhh bestnya. Dapat RM 250,000.
Huh sayangnya ianya bersyarat kena jawab surat ni dalam masa 72 jam, camna tuh…check punya check rupanya reader digest huh bukan direct dari maybank. Ini mesti fishy ni. Sungguhku tak sangka sebesar entiti ni tuh pon jual data kita jugak. Kalau tak manakan nama kita naik untuk hadiah ni kan. huh….musnah harapanku!
Mula dari sang menteri menceritakan hukuman sivil dah diberatkan kepada pesalah zina hingga beranak dari hukum penjara la ni dah diberatkan sampai hukum bunuh. Itu tak termasuk lagi hukuman cara islam, dulu orang kata cara islam tak moden tapi sebenarnya boleh pakai sepanjang zaman tapi kita bodoh nak lawan just pakai akai saja. Lagi takut hukuman masa kat “Sana” nanti lagi berat ooo. Tapi nak buat camna dunia la ni kan semua moden, bleh test drive before kawin. Depa kata tak best la kalau tak try. Nak ikut cara orang barat nun. Semua tukaq kiblat dah. Nyata rancangan mereka untuk memesongkan kita dah berjaya.
Dikala cerita rogol cabul meluas hari ini dari surat khabar, terdengar satu siaran radio yang menceritakan tentang keseksian wanita dan puasa. Ada orang kata ok ja normal katanya. Ada orang bantah sebab yang tuh aurat. Ada pulak yang lagi pandai itu kata kubur memasing apa nak hairan. Kalau tengok memacam dah baju ketat seluaq sendat, ada tuh badan macam aku pon pakai seluaq sendat macam buah nangka yang perut 2 3 lapis pon nak tunjuk. Adus apa nak jadi la orang kita. Dalam agama kita dah cerita yang boleh itu boleh la, yang tidak itu tidak sebab apa kita nak ringankan. Setiap yang dilarang ada sebab tapi depa tak takut pon. huh kalau tak jadi takpa la.

