Kadang -kadang dok dengaq istilah monday blues, penyapu bila dalam dunia kerja. Dunia yang kita peruntukkan lebih kurang 8 jam sehari. Mungkin ada yang lebih dan mungkin juga ada yang kurang. Biar la masing masing punya cara bak kata Re, saya tak campur hal orang. Cuma kita kongsi yang mana baik orang boleh follow kalau rasa tak suka buat saja sebagai angin yang berlalu.
- Ingat semangat kita masa kita mula melapor diri.
Yang ni selalu aku buat bila mana ada hari down sangat, aku akan dok relex kejap the renung cerita aku dari takda kerja, bukak kedai komputer, jadi kontrator kelas F, PKS then dapat kerja dikampung. Hari pertama aku sangat bersemangat, macam mana tak bersemangat aku sebab melalui laluan sukar, minta kerja susah oiii tambahan degree fizik. Semangat hari pertama tuh aku bawak sampai sekarang. Tapi tak tau plak kot ada yang hari pertama dia tak semangat, mai kerja pakai selipar pakai tshirt daftar diri. - Salurkan energy kita ke tempat yang betul
Aku nih jenis banyak minat dan suka mencuba,kadang kadang jadi master of none tapi mungkin kawan-kawan aku tau aku ni jenis cenderung ke mana. Masa awai dulu aku tak dapat linkkan minat dengan kerja, so kadang kala tak dapat balance antara kerja dan minat, ada time bila minat buat blog video sampai lupa kerja ahahhaha. Bila dapat bos yang tau kecenderungkan kita, baru aku dapat linkkan semua tu. Aku mula fokus cuba try teknik benda aku minat dan cuba buh lam kerja seharian aku. Minat still aku dapat buat tapi kerja aku dapat dilengkapkan. Sebagai contoh aku gunakan kemahiran aku buat web untuk bangunkan portal latihan safety. kemudian aku implement beberapa benda macam mana nak jual sesebuah kursus dengan menggunakan media sosial yang kita gunakan setiap hari. Hasil? Ya tak seberapa tapi kita belajar something. - Halangan cabaran dianggap sebagai peluang
Pi la kat mana pun, setiap langkah kita akan ada cabaran dan halangan, yang penting setaip benda apa yang kita hadap dalam apa apa situasi kita anggap itu peluang, bila kita tukarkan skop tuh kita akan lebih relex dan mampu berfikir dengan tenang bagi menyelesaikan sebarang perkara yang kita lalui. Jangan pula kita lari halangan dan cabaran tersebut. Sebab kita tidak - Setkan objektif
Apa benda pun kita nak buat setkan objektif, benda ni untuk guide kita ja, tapi kita tak boleh rijid sangat bila setkan objektif ni, satgi kita akan tersekat ketika berkarya. Dan jangan lupa Setkan sekali dengan reward apa kita akan dapat. Baru semangat sikit. Kita dapat tengok bila orang buat kerja ikut arus ja takda objektif. tahun pertama dan tahun kedua follow keadaan dalam organisasi la pastu depa akan jemu, kadang kala depa akan menyalahkan organisasi sebab tempat kerja tak best. Lepas jemu mula curang. Setkan objektif setiap hari apa yang kita nak capai. - Ingat kerja adalah hasil kita bawak balik kat anak bini
Yang ni ustaz facebook banyak dok cerita, banyak yang dishare, tapi bagi aku betui, buat kerja buatlah kerana allah, sebab hasil kita nak bawak balik kat rumah tak payah nak pantun panjang panjang.
Share this Story