Dua tiga bulan ni memang perasan dengan perkongsian data dan info mengenai IPT di Malaysia, banyak aktiviti yang dikongsikan melalui group-group dalam aplikasi whatsapp mahupun telegram. Dalam banyak banyak perkongsian, cuma satu perkongsian yang agak janggal bagi saya.
Perkongsian mengenai ranking universiti berasaskan jumlah fans. Lagi satu sistem ranking yang diwujudkan bagi universiti-universiti berlumba antara satu dengan lain. Trend berlumba-lumba ranking dah jadi rutin di IPT/UA. Dalam sistem ranking fans terbanyak, universiti yang mempunyai fans yang banyak menduduki tangga teratas dan yang paling sedikit fans dia akan berada ditangga terbawah.
Ini menguntungkan banyak IPT/UA yang dah lama dan mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Namun ada kelemahan disebalik sistem ranking tersebut.
Ini adalah sistem ranking yang lemah dan tak membantu perkembangan di Malaysia bagi saya. Gambar ranking diatas, merupakan data ranking yang terkini universiti di Malaysia. Bagi saya data ini sangat-sangat mudah dan sepatutnya ditambahbaik lagi supaya kelihatan lebih fokus. Ranking yang hanya menunjukkan jumlah sebegini mungkin sesuai untuk persatuan disekolah saja. Mampu dihasilkan oleh budak inten mahupun budak PKS (Pekerja Kontrak Sementara). Jika dibuat oleh pegawai-pegawai ianya amat memalukan dan ia dilihat tidak membantu kepada perkembangan IPT/UA di Malaysia.
Jika ranking fans ini merupakan salah satu inisiatif dari 10 lonjakan, mungkin cadangan saya agar pegawai yang bertanggungjawab untuk buat ranking ni buat sedikit kajian konteks yang sesuai dijadikan fokus dan kreteria bagi merankingkan IPT-IPT/UA di Malaysia. Banyak atau sedikit fans tak sepatutnya dijadikan ukuran, tapi ianya boleh menjadi salah satu elemen dalam kreteria proses ranking.
Bagi saya ada 3 maklumat yang boleh diambil kira untuk membuat ranking IPT/UA di Malaysia dan mampu membantu IPT/UA.
1, jumlah fans. Pembikin ranking memang telah mengambil jumlah fans, namun mungkin kena ambil kira juga jumlah perubahan (change rate) fans dan demografi fans mereka.
2 elemen posts di page, bagi melihat kualiti penyampaian bahan dalam media sosial dan jumlah perkongsian serta keaktifan sesebuah media sosial tersebut.
3 Tarikan /Interaction bagi setiap info yang disediakan.
Bagi saya , semua data ni ada dalam facebook insight bagi setiap page, cuma kena kerja lebih sikit bagi orang yang dok buat ranking sebab dia kena minta dari setiap admin IPT/UA dan kumpul. Berbanding sebelum ni diboleh buat sendiri kat rumah mahupun pejabat, sebab just masuk ke setiap page dan capture jumlah fans.
Namun dari satu sudut bagi saya, ranking yang proper perlu ada pelbagai elemen mampu memperbaiki kelemahan dalam penyediaan maklumat IPT/UA di laman sosial selain dari web korporat rasmi mereka. Elemen elemen ini dijadikan kreteria pemarkahan ranking bulanan IPT/UA di Malaysia.
Secara tidak langsung admin setiap page rasmi IPT/UA, dapat tahu trending, demografik serta siapa pelanggan dan bakal pelanggan mereka.
Mengapa Laman Web Kaku – Azam Rashid
December 15, 2019 at 2:19 pm
[…] pernah menulis tentang pendapat aku mengenai 3 Elemen Tambahan Kalau Fans Page Facebook Pun Nak Di Rankingkan… Ini kerana aku melihat kita yang dalam dunia akademik yang bergantung kerajaan, gagal mentafsirkan […]