2011 dah berlalu
Dah 13 jam melepasi 2011, so semua dah tinggal jadi kenangan, masa yang berlalu takkan berpatah balik. Wrap balik semua yang dah berlaku sepanjang tahun ada yang manis, ada yang buruk, ada yang tercapai dan ada yang tak tercapai.
Dalam kerja, pencapaian tahun 2011 kurang memberangsangkan takda satu impak yang mampu dibanggakan. Mungkin harapan terlalu tinggi, tapi usaha amat kurang dan komitmen bagi melaksanakan perancangan terlalu tidak serius. Apapun tahun 2012 akan aku usahakan bagi hasil idea dan kerja aku menghasilkan impak yang membanggakan.
Dalam pembelajaran, zero dan memalukan!! So? Orang lain dah tinggalkan jauh tapi aku masih dizon permulaan.
Dalam kehidupan, paling menggembirakan dengan kedatangan orang baru. Alhamdulillah. Mula berkayuh balik selepas 14 tahun! Berat masih sama, harap tahun 2012 dapat turun 4 kilo udah le.
So welcome 2012 moga seluruh keluargaku dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati oleh-Nya. Insyaallah
- Posted using BlogPress from my iPad
Related posts:
- Floria 2011
- Belanjawan 2012 : UniMAP tak dilupakan
- Bil Elekrik Tambah lagi 1%
- Pasar Malam Sabtu
- Exit Policy peluang atau ruang