Alhamdulillah tepat jam 11 malam jumaat pada 11 November yang lalu aku dengan rasminya dah naik pangkat bergelar daddy. haha, seorang puteri yang comel seberat 2.9kg telah dilahirkan oleh isteri tercintaku. Syukur kehadrat ilahi dan terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang mendoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut.

Nur Aqilah Izzah Norazam nama diberikan kepada puteri sulungku. kalau ikut kalender hijrah anak aku lahir sehari selepas hari lahirku. Dulu aku dilahirkan pada 14 zulhijjah 1400 hari khamis, kini anak pertamaku lahir pada 15 Zulhijjah 1432 hari jumaat. Cucu ke sembilan kepada keluarga Abdul Rashid dan Fatimah dan cucu ketiga kepada keluarga Shariffuddin dan Jamaliah.

Kadang kala rasa macam tak percaya, masa first sekali scan pada awal tahun dulu kalau tak salah aku, alat scanner tu tunjukkan dalam 6μm kot haha bentuk ketika itu seperti kekacang yang melekat pada satu dinding, masa tuh baru dr agak-agak dalam usia 2-3 minggu baru. Dari 6μm bila scan seterusnya selepas beberapa belas minggu dah jadi beberapa cm, mula nampak bentuk seorang bayi.  Tup tap tup tap dah lahir, dengan tangisannya ketika lapar hehe, cepatnya masa berlalu.

Namun terima kasih kepada isteri aku yang banyak berkorban dan menerima pelbagai dugaan sepanjang tempoh dia mengandung. Kagum aku dan baru aku tau pengorbanan dia dan semua yang bergelar ibu terutamanya mak aku yang menjaga dan membesaqkan aku selama ni.

Oh ya, secara kebetulan bila tengok Teori Purba Cina bagi menentukan anak lelaki atau perempuan yang pernah aku postkan dulu pon hampir sama. Apapun semua itu dengan izin allah. Syukran.

Related posts:

  1. Belanjawan 2012. Naik Gaji? Pencen Umur 60?
  2. Hari Ini Tarikh Ini 13 Tahun Dulu
  3. Teori Purba Cina Bayi Lelaki atau Perempuan
  4. Selamat Beribadah Tetamu Allah
  5. Aku dan Cikgu
Tagged with:  
Share →

2 Responses to Alhamdulillah Aku Naik Pangkat

  1. mummy says:

    Kasih ibu bapa tiaada tandingan..dah jd daddy br tau pengorbanan depa kan..

  2. chemie says:

    Alhamdulillah dato’

    Tahniah diatas kenainkan pangkat, moga dimurahkan rezeki, amin
    chemie recently posted..PANDUAN MENDIDIK ANAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge